Wednesday - August 4, 2021 @ 08:58
BERITANASIONALPenunggang Motorsikal Maut Dirempuh Kereta Sedang Mengundur

Penunggang Motorsikal Maut Dirempuh Kereta Sedang Mengundur

Penunggang motorsikal maut dirempuh kereta mengundurPuncanya terlepas persimpangan yang sepatutnya dilalui, pemandu sebuah kereta kemudian mengundurkan kenderaannya.

Perbuatan itu akhirnya membawa padah kepada seorang penunggang motosikal yang tidak sempat mengelak lalu merempuh kenderaan terbabit.

Mangsa maut di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 4.30 pagi tadi di kilometer 4.8 Lebuh Raya Damansara Puchong arah utara, berhampiran susur Penchala Link.

Siasatan awal polis mendapati, kereta yang dipandu seorang lelaki warga Afrika itu dipercayai terlepas persimpangan kira-kira 100 meter sebelum mengundur semula.

Bagaimanapun, gelagat pemandu berkenaan yang mengundur secara laju menyebabkan mangsa yang datang dari arah Petaling Jaya gagal mengelak lalu merempuh bahagian belakang kereta.

Rempuhan kuat menyebabkan mangsa, Abdul Rahman Yusof @ Md Jani, maut di tempat kejadian.

Sebaik menyedari kemalangan, pemandu warga Afrika itu cuba melarikan diri, namun dikejar sebuah kenderaan lain yang melihat kejadian.

Dia akhirnya berjaya ditahan ketika berhenti di Plaza Tol Penchala sebelum diserahkan kepada polis.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here