Penunggang motorsikal maut kemalangan di Batu Enam, Jalan Gombak (video) - pakdin.my

Penunggang motorsikal maut kemalangan di Batu Enam, Jalan Gombak

Seorang lelaki maut, apabila motosikal yang ditungganginya hilang kawalan ketika cuba memotong sebuah kenderaan.

Situasi itu menyebabkan motosikalnya bergesel dengan sebuah bas yang datang dari arah bertentangan sebelum digilis bas berkenaan.

Nahas berlaku pukul 9.30 pagi tadi di Batu Enam, Jalan Gombak dari arah Taman Greenwood menghala ke pusat bandaraya.

Siasatan awal polis mendapati, mangsa gagal memotong kenderaan dihadapannya, lalu tergesel bahagian tengah dinding bas itu.

Akibatnya mangsa terjatuh dan kepalanya digilis tayar belakang bas terbabit.

Pemandu bas dan penumpang bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Mayat dihantar ke Hospital Selayang untuk bedah siasat.

 

 

UTAMABERITAPenunggang motorsikal maut kemalangan di Batu Enam, Jalan Gombak (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium