Penunggang Motorsikal Maut Terlanggar Pokok Tumbang Di Susur Lebuh Raya Mahameru (video) - pakdin.my

Penunggang Motorsikal Maut Terlanggar Pokok Tumbang

Seorang penunggang motosikal maut selepas melanggar sebatang pokok yang tumbang merentangi jalan di ibu negara, awal pagi tadi.

Mangsa, Sohaimi Salim maut di tempat kejadian.

Kemalangan berlaku kira-kira jam 5:30 pagi di susur Lebuh Raya Mahameru arah Jalan Duta berhampiran bangunan Parlimen.

Beberapa minit sebelum kejadian, sebatang pokok hiasan tumbang menyebabkan laluan arah Jalan Duta dan Damansara terhalang sama sekali.

Beberapa buah kenderaan juga nyaris merempuh pokok terbabit yang tumbang, akibat hujan awal pagi tadi.

Mangsa yang menunggang motosikalnya dari arah Jalan Tun Razak, dipercayai tidak sempat mengelak, lalu merempuh pokok berkenaan.

Rempuhan menyebabkan mangsa dan motosikalnya tercampak sejauh beberapa meter.

Sohaimi yang parah di kepala, meninggal dunia di tempat kejadian.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat.

Saksi kejadian diminta menghubungi polis bagi membantu siasatan.

 

UTAMABERITAPenunggang Motorsikal Maut Terlanggar Pokok Tumbang Di Susur Lebuh Raya Mahameru (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium