[Video] Penunggang Motosikal Maut Rempuh Pokok Di Jalan Ibu Kota Kanan, Setapak - pakdin.my

Seorang remaja maut, selepas motosikal ditungganginya, terbabas lalu merempuh sebatang pokok dekat persimpangan lampu isyarat Jalan Ibu Kota Kanan, Setapak arah Jalan Gombak, ibu negara, kira-kira jam 6.45 pagi tadi.

Mangsa dikenali sebagai Muhammad Azly Razelan, 19 tahun, dari Batu Lima , Gombak.

Muhammad Azly dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bekerja di sebuah restoran makanan arab tidak jauh dari tempat kejadian.Maut Rempuh Pokok Di SetapakAkibat rempuhan kuat, mangsa tercampak dan motosikalnya, remuk teruk di bahagian hadapan.

Mangsa parah di kepala, maut di lokasi.

Suasana pilu menyelubungi kawasan kejadian – apabila kedua-dua ibu bapa dan abang Azly, tidak dapat menahan kesedihan.

Mayat dihantar ke Hospital Kuala Lumpur, untuk bedah siasat.

Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UTAMABERITANAHAS & BENCANA Penunggang Motosikal Maut Rempuh Pokok Di Jalan Ibu Kota Kanan, Setapak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium