Statistik Corona

Malaysia
2,448,372
Confirmed
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Malaysia
2,347,985
Recovered

71,713
Active
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Malaysia
28,674
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,242,532
Confirmed
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Indonesia
4,086,759
Recovered
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Indonesia
143,333
Deaths
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm

Thailand

Thailand
1,884,973
Confirmed
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Thailand
1,766,823
Recovered
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
Thailand
19,006
Deaths
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm

Global

All countries
246,000,106
Confirmed
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
All countries
221,200,616
Recovered
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm
All countries
4,992,068
Deaths
Updated on October 28, 2021 22:39 10:39 pm

Penunggang motosikal tercampak ke laut dari Jambatan Pulau Pinang

ANGGOTA bomba menyelamat Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, yang tercampak ke dalam laut selepas terbabit dalam kemalangan di kilometer (km) 1.4 Jambatan Pulau Pinang menghala Georgetown.

GEORGETOWN: Seorang lelaki tercampak ke dalam laut selepas motosikal ditunggangnya bergesel dengan motosikal lain di Jambatan Pulau Pinang, di sini hari ini.

Mohammad Noor Firdaus Yahya, 24, bagaimanapun hanya cedera ringan selepas terhumban ke dalam lumpur di bawah jambatan itu.

Penguasa Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Perai, Roslan Rashid berkata kejadian pada 9.30 pagi di KM1.4 Jambatan Pulau Pinang itu membabitkan dua motosikal dari arah Perai menghala ke pulau.

“Muhammad Noor Firdaus bernasib baik kerana air laut surut menyebabkan sebahagian badannya terbenam dalam lumpur,” katanya di sini.

Roslan berkata pihaknya menjalankan operasi mencari dan menyelamat di sekitar jambatan serta di permukaan air dari atas jambatan itu sebaik mendapat laporan berhubung kejadian itu.

“Mangsa ditemui di permukaan air dan dibawa keluar menggunakan sistem anchoring…kami menariknya ke atas jambatan yang setinggi kira-kira 10 meter itu,” katanya.

Kemalangan itu menyebabkan kesesakan lalu lintas kira-kira lima kilometer berikutan pengguna jalan raya berhenti untuk melihat dan ada yang cuba menyelamatkan mangsa.

MOHAMMAD Noor Firdaus Yahya, 24, berjaya diselamatkan selepas tercampak ke dalam laut terbabit dalam kemalangan di kilometer (km) 1.4 Jambatan Pulau Pinang menghala Georgetown.

Berkaitan

Melaka memilih

spot_img

PENAMAAN CALON: 8 NOV 2021
PENGUNDIAN AWAL: 18 NOV 2021
PENGUNDIAN: 20 NOV 2021