23.9 C
Kuala Lumpur
Thursday, October 1, 2020

Penuntut IPTS Tempatan, Pakar Godam Server Militan IS Akan Diekstradisi Ke AS – KPN

hackers-diekstradisi

Seorang anggota militan IS, yang pakar dalam menggodam server komputer, akan diekstradisi ke Amerika Syarikat selepas ditahan oleh polis di ibu negara pada 15 September lepas.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, suspek berusia 20 tahun itu telah memasuki negara ini pada Ogos tahun lepas untuk melanjutkan pengajian dalam bidang sains komputer dan komputer forensik di sebuah institusi pengajian tinggi swasta di sini.

“Hasil siasatan, suspek telah berkomunikasi dengan salah seorang pemimpin kanan militan IS di Syria bagi tujuan menggodam beberapa server yang mengandungi maklumat mengenai butir-butir anggota pasukan keselamatan Amerika Syarikat (AS) sebelum disalurkan kepada bahagian operasi kumpulan itu untuk tindakan susulan mereka,” katanya dalam satu kenyataan pada Khamis.

Khalid berkata pada awalnya, suspek telah diletakkan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma).

Suspek kemudian ditahan menerusi waran tangkap sementara yang dikeluarkan oleh mahkamah dan dikini ditahan di bawah Akta Ekstradisi 1992 sementara menunggu prosiding ekstradisi ke Amerika Syarikat selesai.

“Tangkapan ini adalah hasil kerjasama erat polis dengan pihak Biro Siasatan Persekutuan (FBI) dalam menangani ancaman keganasan khususnya ancaman kumpulan militan IS yang bersifat rentas sempadan,” katanya.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan