26 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

PENUNTUT MENGAKU SEMBUNYI KELAHIRAN

KUALA LUMPUR: Seorang penuntut kolej mengaku bersalah di Mahkamah Majistret, di sini, semalam atas pertuduhan menyembunyikan kelahiran dengan membuang mayat seorang bayi lelaki yang dilahirkannya, dua minggu lalu.

Nurul Afiqah Mohd Rahshedi, 20, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nur A’minahtul Mardiah Md Nor.

Bagaimanapun, mahkamah menetapkan 22 Disember ini untuk mendapatkan laporan sosial berikutan tertuduh adalah pesalah muda dan membenarkan tertuduh dijamin RM5,000 dengan seorang penjamin.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa dengan sengaja menyembunyikan kelahiran seorang bayi dengan membuang mayat bayi itu di sebuah rumah di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Wahyu 2, Jalan Sibu, Sentul, jam 1.16 pagi, 9 November lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Siti Hajar Ashif manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Ketika disoal mahkamah, tertuduh yang hadir ditemani ayah saudara dan ibu saudaranya memaklumkan dia adalah anak pertama daripada empat beradik.

Menurutnya, ibu bapanya tahu dia didakwa di mahkamah namun tidak hadir kerana bapanya bekerja manakala ibunya berada di kampung.

20161123-nurul-afiqah-buang-bayi

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan