27.1 C
Kuala Lumpur
Tuesday, March 2, 2021

Penutupan Jalan Kuala Slim jejas penduduk

jalan-kuala-slim-1

SLIM RIVER: Kira-kira 1,000 penduduk sekitar Kampung Kuala Slim dan yang tinggal kawasan sempadan Perak-Selangor dekat sini berdepan kesukaran berikutan kejadian runtuhan laluan di Jalan Kuala Slim malam tadi.

Runtuhan yang berlaku kira-kira jam 8 malam tadi menyebabkan laluan berkenaan ditutup.

Kejadian dipercayai berpunca daripada aliran air bawah tanah dari kawasan bukit setelah hujan lebat di situ semalam. Namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan.

Berikutan kejadian itu, laluan berkenaan terpaksa ditutup dan penduduk terpaksa menggunakan jalan ladang sejauh tujuh kilometer untuk ke pekan.

Kampung yang terlibat adalah Perkampungan Orang Asli Changkat, Alah Batu, Bintang, SKC, Seri Keledang dan Ladang Limabelas.

jalan-kuala-slim-2

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.