32.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Penyanyi Lelaki Popular Era 90an Ditahan Polis Dipercayai Miliki Dadah

zamani-slam-dadah

Seorang penyanyi terkenal era 1990-an dan teman wanitanya ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat di sini, awal pagi Rabu.

Serbuan pada 12.30 tengah malam itu dilakukan pasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang, yang menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.

Hasil ujian air kencing mendapati penyanyi berusia 43 tahun itu positif dadah morfin, manakala teman wanitanya yang berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Khairuldin Saad mengesahkan penahanan penyanyi dan teman wanitanya bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) akta sama.

“Kami akan mendapatkan perintah reman terhadap mereka di Mahkamah Majistret Ampang hari ini,” katanya ketika dihubungi.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...