25.1 C
Kuala Lumpur
Friday, January 22, 2021

Penyelia Letak Kereta Dituduh Bunuh Isteri

Seorang penyelia tempat letak kereta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini Rabu kerana dituduh membunuh isterinya minggu lepas.

Johari Ahmad, 42, dituduh membunuh eksekutif cukai Suzilah Sabtu, 28, di rumah beralamat No B-8-9, Pangsapuri Permai, Jalan Landai Permai, Sungai Besi, Cheras di sini antara 3.30 petang dan 6.41 petang pada 16 Mac.

Johari, dari Kampung Pandan di sini, dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dia tidak membuat sebarang pengakuan setelah pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Erry Shahriman Nor Aripin.

Pihak pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya S. Malini Anne manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.