Penyenaraian Petronas untuk meningkatkan pendapatan? - pakdin.my

1. Selaku pelajar universiti yg tahu serba sedikit tentang ekonomi, ada beberapa pertanyaan yang terbuku di hati ini.

• Bukankah pertumbuhan ekonomi negara kini adalah 5.9% dari KDNK?

• Bukankah credit rating Moody memberi penarafan A – pada Malaysia? Dengan kata lain, kita tiada masalah dalam pembayaran hutang?

• Bukankah defisit fiskal kita kian menurun kepada 2.8% berbanding tahun sebelumnya iaitu 3.0%?

2. Jika jawapannya ada BENAR, untuk apa kita jual sebahagian saham kepunyaan kerajaan kepada negara luar? Ekonomi kita kukuh. Pertumbuhan ekonomi kita baik. Dan kita tidak ada rekod masalah untuk membayar hutang.

3. Apa yang saya dapat lihat, adakah kerajaan cuba menggunakan alasan kononnya hutang RM 1 trillion, maka terpaksa gadaikan Petronas kepada sesiapa yg kita tidak ketahui?

4. Dengan penghapusan GST yg membawa pendapatan negara RM 44.3 billion dan kesanggupan kerajaan menanggung hutang PTPTN yg bernilai RM 45 billion menunjukkan sikap kerajaan bahawa hutang kononnya RM 1 trillion itu bukanlah memberi impak pada negara. Jika mereka khuatir tentang hutang, sudah pasti mereka tidak jadikan GST kepada 0% rate.

5. Penjualan saham sebanyak 25% membawa pendapatan sebanyak RM 200 billion. Cukup untuk merealisasikan menifesto yang telah dijanjikan untuk jangka masa pendek. Bagaimana pula untuk jangka masa panjang? Jual lagi saham Petronas? Berbaloikah menunaikan janji tontonan EPL percuma untuk rakyat dengan menggadaikan petronas?

6. Apa bila pegangan saham petronas berkurangan, maka pendapat untuk negara juga turut berkurangan. Bagaimana Perdana Menteri seterusnya ingin meneruskan pentadbiran? Adakah masa itu Tun M akan “menyelamatkan negara” untuk kali ke 3?

7. Saya merayu kepada kerajaan PH. Usah bailout menifesto anda dgn harta Petronas.

____

#DISCLAIMER: Saya adalah pelajar dan merupakan pengundi muda PRU 15. Non-partisan terhadap mana-mana kumpulan tertentu.

 

https://pakdin.my/tag/petronas/

 

UTAMAPOLITIKPenyenaraian Petronas untuk meningkatkan pendapatan?

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium