Penyerang Jakarta Buat Panggilan Ke - pakdin.my

ledakan-bom-bunuh-diri-jakarta

Seorang penyerang bom di Jakarta pada 14 Januari lalu telah membuat panggilan kepada satu talian di negara ini sebelum kejadian itu, kata Pengarah Cawangan Khas Bukit Aman, Datuk Seri Mohamad Fuzi Mohd Harun.

Beliau berkata, maklumat itu diperoleh berdasarkan siasatan forensik yang dilakukan polis Indonesia.

“Kami (polis Malaysia) sedang menyiasat dapatan baharu ini,” katanya kepada pemberita di sini, Selasa.

Pada 14 Januari lalu, berlaku serangan bom dan senjata api di Jalan MH Thamrin yang menyebabkan tujuh orang termasuk lima penyerang terbunuh sementara 30 orang termasuk lima anggota polis cedera parah. Sehari kemudian seorang yang cedera dilapor meninggal dunia.

Ketua Polis Jakarta, Tito Karnavian dilapor sebagai berkata, pihaknya percaya pengasas kumpulan Katibah Nusantara, Muhammad Bahrun Naim yang merupakan ketua kumpulan pengganas Asia Tenggara dan menjadi perancang serangan tersebut.

Namun Mohamad Fuzi berkata berdasarkan siasatan, tiada penyerang di Jakarta merupakan rakyat Malaysia.

Mengenai kumpulan Daesh, beliau berkata, polis mengenal pasti bahawa terdapat komunikasi antara elemen Daesh rakyat Malaysia dan rakyat Malaysia di Syria.

“Apa yang kami dapati sekarang ialah terdapat komunikasi yang dibuat rakyat Malaysia di sini kepada rakan mereka yang juga rakyat Malaysia di Syria,” katanya.

UTAMABERITAPenyerang Jakarta Buat Panggilan Ke

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium