Penyokong KL City ‘terjah’ padang - pakdin.my

Puluhan penyokong Kuala Lumpur City (KL City) meraikan kejayaan pasukan melangkah ke pentas separuh akhir Piala Malaysia dengan merempuh masuk ke atas padang selepas tamat aksi suku akhir kedua di Stadium Kuala Lumpur, Cheras sebentar tadi.

Pada aksi tersebut, skuad Warga Kota kendalian Bojan Hodak mempamerkan rentak konsisten untuk melakar kemenangan 1-0 ke atas seteru tradisi, Selangor FC sekali gus meraih keputusan 3-0 secara agregat.

Antara penyokong KL City yang merempuh masuk ke padang ketika meraikan kemenangan. FOTO : SHIDDIEQIIN ZONNamun, keghairahan luar biasa penyokong tuan rumah untuk masuk ke padang meraikan kemenangan bersama barisan pemain mungkin akan mendatangkan hukuman buat pihak pengurusan.

Ini kerana penganjuran Liga Malaysia masih tertakluk dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat memandangkan kes pandemik Covid-19 yang masih belum reda ketika ini.

Kemungkinan besar badan pengelola Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) akan mengumumkan hukuman yang sesuai buat pasukan KL City dalam masa terdekat.

UTAMABERITASUKANPenyokong KL City ‘terjah’ padang

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium