32.5 C
Kuala Lumpur
Sunday, February 28, 2021

Penyokong kuat Anwar sudah angkat bendera putih?

Menarik sekali rencana tulisan wartawan akhbar The Star, Philip Golingai, hari ini.

Bertajuk “Pengakhiran Cita-Cita Seorang Lelaki?” (“An End To One Man’s Ambition?”), rencana ini menyorot peluang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri setelah Majlis Presiden PH memberikan kata putus kepada Tun Dr Mahathir untuk menentukan sendiri tarikh perletakan jawatan beliau.

Rencana ini memuatkan komen-komen daripada tiga penganalisis politik, iaitu saya dari Universiti Utara Malaysia, Dr Muhammad Asri Mohd Ali dari Universiti Malaya dan Shahbudin Husin, penyokong kuat Datuk Seri Anwar selaku penulis buku politik bertajuk “Anwar PM Ke-8: Janji Serah Kuasa Yang Mesti Ditepati”.

Paling menarik pastilah komen-komen daripada Shahbudin Husin berbunyi:

1. “Keputusan ini adalah satu kekecewaan kepada rakyat dan janji untuk menyerahkan kuasa kepada Anwar sekarang menjadi kabur dan tidak pasti” (“The decision is a disappointment to the rakyat and the promise to hand over power to Anwar is now made vague and uncertain.”)

2. “Tiada tarikh ditetapkan dan terpulang kepada Tun untuk memutuskan bila mahu meletakkan jawatan, menunjukkan kegagalan Majlis Presiden untuk melakukan sesuatu bagi kestabilan jangka panjang Pakatan.” (“There is no date set and it is left to Tun to decide when to step down, indicating the failure of the Presidential Council to do something for Pakatan’s long-term stability.”)

3. “Selepas APEC, bagaimana kamu mahu membuatkan Tun meletakkan jawatan? Bagaimana jika Tun terus buat bodoh dan tidak mahu meletakkan jawatan?” (“After APEC, how do you get Tun to quit? What if Tun continues to act dumb and doesn’t want to give up?”)

4. “Jika Tun tidak mahu meletakkan jawatan, Anwar tidak boleh berbuat apa-apa.” (“If Tun doesn’t want to give up, Anwar can’t do anything.”)

5. “Ini telah mencederakan Anwar dan menjadikan para penyokong beliau dalam PKR semakin kecewa, dan menjadikan kem Azmin lebih kuat dalam menentang beliau sebagai PM8.” (“This has hurt Anwar and made his supporters in PKR increasingly frustrated, and making Azmin’s camp stronger in their rejection of him as PM8.”)

Takkanlah penyokong kuat Datuk Seri Anwar sudah angkat bendera putih?

Bacaan selanjutnya rencana ini boleh dibuat di pautan ini: https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/its-just-politics/2020/02/23/an-end-to-one-mans-ambition

Oleh: Dr Kamarul Yusoff

Nota kaki:
Ketika artikel ini disiarkan, 3 kumpulan sedang mengadakan pertemuan.

PAS dan UMNO di ILMU, Janda Baik.
PPBM di Bangunan Yayasan Selangor.
Azmin Ali (pecahan PKR) di Hotel Sheraton, PJ.

Rujukan:
Mesyuarat peralihan PM tegang: Mat Sabu tak kisah jadi pembangkang semula

Berita Berkaitan

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.