Monday - August 2, 2021 @ 14:43
POLITIKPILIHAN RAYAPenyokong Parti Dinasihat Tak Berkumpul Pada Hari Penamaan Calon #PRU13

Penyokong Parti Dinasihat Tak Berkumpul Pada Hari Penamaan Calon #PRU13


……..

pengerusi-spr-jgn-berhimpun-penamaan-calonPengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof menasihatkan penyokong parti politik yang bertanding supaya tidak datang dan berkumpul dalam jumlah yang ramai di pusat penamaan calon, pada hari penamaan, 20 April depan.

Ia bagi mengelak berlakunya kejadian tidak diingini seperti provokasi oleh penyokong yang hadir.

Tambahnya, cukup dengan calon hadir bersama beberapa orang seperti pencadang atau penyokong dan mengemukakan kertas penamaan calon yang telah lengkap diisi.

Selain itu, beliau turut mengingatkan semua pihak mematuhi Seksyen 24, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang melarang membawa sebarang alat muzik atau pembesar suara bagi tujuan kempen politik.

Ini kerana, tempoh rasmi kempen pilihan raya hanya bermula selepas diisytiharkan pegawai pengurus.

Berkaitan:

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here