Penyu Pilih Brazil Menang #PialaDunia2014 (video) - pakdin.my

penyu-ramal-brazil-menang

Apa-apa pun saranannya, jika mengikut ramalan seekor penyu di Praia do Forte, Brazil, dalam perlawanan itu Brazil yang akan menang.

Walaupun ini cuma sesi ramalan, suasana tetap cemas.

Sebaik bermula, penyu yang diberi nama Cabecao ini terus sahaja bergerak ke arah ikan sardin yang digantung di bawah bendera Jerman.

Ini menyebabkan semua hadirin, rata-rata penduduk tempatan Brazil mula cemas.

Namun entah macam mana, penyu ini gagal memakan semua ikan sardin itu.

Cabecao kemudian berenang ke arah ikan sardin di bawah bendera Brazil.

Kali ini hanya dengan sekali percubaan semua ikan sardin itu masuk ke dalam mulut Cabecao.

Dan walaupun semua penonton lega dengan perkembangan itu, rekod sebelum ini, tidak semua ramalan Cabecao betul.

 

UTAMAGAYA HIDUPPenyu Pilih Brazil Menang #PialaDunia2014 (video)

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium