26.1 C
Kuala Lumpur
Friday, September 25, 2020

PERAK MUNGKIN WUJUDKAN PAKEJ KAHWIN POLIGAMI BERAMAI-RAMAI

IPOH: Kerajaan negeri Perak sedia mempertimbang saranan supaya memperkenalkan pakej poligami secara Jama’ie atau nikah beramai-ramai, kata Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam, Pendidikan Islam dan Pembangunan Sahsiah negeri Datuk Mohd Nizar Zakaria.

Beliau berkata kerajaan negeri ketika ini hanya mempunyai Program Majlis Nikah Jama’ie Syar’ie untuk pasangan yang baharu hendak berkahwin dan ia dilaksanakan sejak 2013 pada setiap 16 September.

“Kita akan lihat dan pertimbangkan cadangan itu. Kita sedia maklum antara punca poligami termasuk yang bernikah di luar negara adalah kerana wali tidak bersetuju dengan perkahwinan itu.

Di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan kita sentiasa berurusan dengan negara tertentu seperti Thailand khususnya yang melibatkan poligami,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan tambahan Abu Bakar Hussian (PAS-Titi Serong) yang ingin tahu jika kerajaan negeri sedia memperkenalkan pakej khas poligami secara Jama’ie.

Terdahulu, dalam jawapan kepada soalan tambahan Datuk Mohammad Daud Mohd Yusof (BN-Selama), Mohd Nizar berkata pasangan pengantin daripada program itu akan disenaraikan di bawah Kelab Rakan Nikah Jama’ie bertujuan mengawal dan membendung kes-kes perceraian.

Selain itu, Mohd Nizar berkata pasangan yang bernikah di bawah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) akan mengikuti Kursus Pasca Perkahwinan terbahagi kepada empat fasa bermula daripada lima tahun pertama usia perkahwinan.

320161121-pakej-poligami-perak

Berita Berkaitan

Jika Saya Menang, Anwar Mungkin Hilang Kerusi PD – Mohd Khairul

Kalau Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri sekali pun, tempohnya tidak lama kerana...

Istana Negara sahkan majlis menghadap Anwar ditangguh

Istana Negara mengesahkan majlis menghadap Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim...

Zahid Hamidi tunggu keputusan kedua ujian Covid-19 – Perbicaan tunda Isnin

PAGI ini sepatutnya prosiding sambung bicara kes membabitkan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri...

Saman atas pengampunan Anwar boleh diteruskan

Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan kerajaan dan Anwar Ibrahim untuk membatalkan tuntutan saman...

Pesawat ringan didakwa terhempas di Tanjung Bungah

GEORGETOWN: Sebuah pesawat ringan dikhuatiri terjunam sebelum terhempas dalam laut berhampiran perairan Tanjung Bunga...

MPS sita pejabat Azmin, Hilman

Pejabat ahli Parlimen Gombak Mohamed Azmin Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Gombak...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

#PRNSabah: Antara alasan dan penafian ekonomi Sabah Merudum bawah Warisan

Tahun 2018: Kadar pertumbuhan ekonomi Sabah turun dari 8.2% ke 1.5% sahaja. Timbalan Presiden Warisan beri alasan ini semua salah BN. Tahun 2019: Pertumbuhan ekonomi...

Komen

..

Arkib / Carian

994PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,346PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan