Peralatan Rumah Dan Harta Benda Guru Hilang Dan Rosak Angkara Pengganas #LahadDatu - pakdin.my

Guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian Dahlan Badwi menunjukkan keadaan biliknya yang digunakan pengganas. Tujuh kuarters guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian dekat sini turut menjadi sasaran kumpulan pemberontak yang berkubu di Kampung Tanjung Labian sejak awal bulan lalu.
Guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian Dahlan Badwi menunjukkan keadaan biliknya yang digunakan pengganas.
Tujuh kuarters guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian dekat sini turut menjadi sasaran kumpulan pemberontak yang berkubu di Kampung Tanjung Labian sejak awal bulan lalu.

LAHAD DATU,  — Tujuh kuarters guru Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian, dekat sini tidak terlepas daripada menjadi sasaran kumpulan militan dari selatan Filipina yang berkubu di Kampung Tanjung Labian sejak awal bulan lalu.

Malah kumpulan terbabit menjadikan rumah itu sebagai tempat penginapan dan memasak bahan-bahan makanan yang ditinggalkan apabila kesemua guru yang menginap di kuarters itu berpindah ke kawasan selamat.

Antara peralatan rumah dan harta benda peribadi yang hilang dan rosak ialah televisyen, tong gas, dapur gas, cerek, periuk, kamera handycam, komputer riba dan kamera.

Kuarters guru itu terletak kira-kira 100 meter dari Kampung Tanjung Labian dan Kampung Tanjung Batu, antara lokasi militan selatan Filipina itu bersembunyi dan menyerang anggota pasukan keselamatan.

Dahlan Badwi, 33, berkata rumahnya teruk diselongkar dan digeledah seolah-olah penceroboh mencari sesuatu yang disembunyikan.

“Saya juga pelik kerana ada barangan yang bukan milik saya ditemui di dalam rumah,” kata guru itu kepada Bernama Isnin.

Seorang lagi guru lelaki yang tidak mahu dikenali berkata penceroboh turut memasak dan menggunakan kelengkapan rumahnya untuk ‘penginapan’ selain makan dan minum.

Beliau bersyukur penceroboh tidak memecah masuk sekolah atau merosakkan kelengkapan tenaga solar bernilai jutaan ringgit yang terletak berhampiran kuarters yang mempunyai tujuh rumah guru itu.

Beberapa guru sekolah berkenaan ditemui ketika mereka melawat sekolah dan kuarters buat pertama kali sejak insiden pencerobohan militan itu.

Sekolah Kebangsaan Tanjung Labian yang sehingga kini masih ditutup atas faktor keselamatan itu mempunyai 251 murid dengan 14 guru lelaki dan tiga guru wanita.

UTAMABERITAPeralatan Rumah Dan Harta Benda Guru Hilang Dan Rosak Angkara Pengganas #LahadDatu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium