Perancis mahu larang golongan anti vaksin guna pengangkutan awam - pakdin.my

PARIS: Perancis mempertimbangkan melarang Individu yang gagal mendapatkan suntikan vaksin COVID-19 menggunakan pengangkutan awam, seperti mana terkandung dalam deraf rang undang-undang terbaru negara itu.

Ia sekali gus mencetuskan protes dalam kalangan ahli politik pembangkang yang marah dengan langkah itu, yang didakwa mencabul hak asasi.

Perdana Menteri, Jean Castex, kelmarin menerima sokongan anggota Kabinetnya untuk rang undang-undang yang diperkenalkan bagi menangani krisis kesihatan termasuk penularan pandemik COVID-19.

Mengikut teks yang akan diserahkan kepada Parlimen, ujian negatif COVID-19 atau bukti rawatan pencegahan termasuk suntikan vaksin diperlukan sebagai syarat kebenaran bagi mengakses pengangkutan atau lokasi selain kegiatan tertentu.

Berdasarkan undian umum, 55 peratus warga Perancis berkata mereka tidak akan menerima suntikan COVID-19, sekali gus menjadikannya kadar paling tinggi dalam Kesatuan Eropah (EU).

Kempen inokulasi kerajaan dijadual bermula pada Ahad dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron, berjanji suntikan vaksin COVID-19 hanya akan digalakkan dan tidak akan dijadikan mandatori.

Walaupun ahli politik pembangkang mengecam deraf undang-undang itu, ketua pemimpin sayap kanan parti RN, Marine Le Pen, menganggap ia sebagai ‘hakikat yang perlu diterima’.

“Sebaliknya, rang undang-undang ini bukan untuk menjadikan vaksinasi sebagai mandatori tetapi akan mengekang sesiapa yang tidak mematuhinya daripada menjalani kehidupan sosial,” katanya.

Jurucakap parti RN, Sebastien Chenu, berkata tindakan kerajaan Macron merancang untuk melaksanakan langkah adalah perbuatan ‘diktatori kesihatan’.

Kecaman terbabit mendapat maklum balas Menteri Sektor Awam, Amelie de Montchalin, yang menegaskan rang undang-undang itu tidak bermaksud untuk menjadikan Perancis ‘negara kesihatan’.

Beliau berkata, perbahasan akan berlangsung mengenai rang undang-undang itu bagi memberi penjelasan berhubung semua hal yang berbangkit. – AFP

UTAMADUNIAPerancis mahu larang golongan anti vaksin guna pengangkutan awam

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium