Percukaian SST, Rakyat Sudah Boleh Bertepok Tangan - pakdin.my

#KERAjaanTomato #KosSaraHidup #RakyatSengsara #RakyatMemilih #MalaysiaBaru

Rasa hairan juga bila pembuat dasar berpendapat bahawa percukaian GST yang diperkenalkan oleh kerajaan Barisan Nasional dahulu dikira sebagai sangat baik @ lebih telus berbanding cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

Cuma alasan yang diberikan ialah kerajaan hari ini tidak mengutip terlalu banyak cukai dari rakyat dengan membandingkan jumlah cukai yang akan terkumpul bila percukaian SST diperkenalkan semula.

Jadi apa maknanya meneruskan sistem percukaian SST jika ianya tidak telus tidakkah ini juga bakal memberi beban kepada rakyat dan mungkin juga sahingga satu masa rakyat tidak lagi mendapat merasai kemewahan atau perkongsian kekayaan negara, kerana semua tahu bahawa sistem percukaian SST tersangat rapuh dan mudah dikelirukan.

Mereka juga mengakui bahawa percukaian SST akan memberi impak kepada harga barangan, jadi apa baiknya SST? sudahlah harga barang lebih mahal malah pendapatan negara dikurangkan yang mana rakyat lama-kelamaan akan kehilangan untuk merasai kekayaan negara.

Memang GST memberi kesan kepada rakyat seperti contohnya rakyat menerima perkongsian setiap hasil kekayaan negara baik secara tunai (melalui bantuan BR1M, bantuan persekolahan, bantuan buku 1 Malaysia) dan juga melalui pembangunan prasarana dan kemodenan sistem pengangkutan awam.

Ini lah hasil yang dikongsikan dengan rakyat hasil dari percukaian GST, sedangkan kerajaan tahu pendapatan kerajaan akan berkurangan dengan perlaksanaan SST dan sudah pasti kerajaan akan menyekat semua peruntukan untuk kebaikkan rakyat, adakah ini yang dikatakan lebih baik?

Semua Sekali Terkejut (SST), bila kerajaan hari ini mahu mengembalikan percukaian SST, sedangkan mereka sendiri memperakui bahawa GST adalah yang paling telus malah dunia memperakui akan sistem percuakaian ini.

Mereka memperakui SST tidak setelus dan efisien seperti GST namun kesan kepada rakyat khususnya pengguna akhir yang meraka mahu beri tumpuan, adakah mereka bermaksud bahawa harga barangan akan menjadi murah?

Jika harganya lebih mahal dari ketika percukaian GST kemana namanya mendahulukan kepentingan rakyat.

Kita pun semakin pening dengan permainan konda-kondi pemimpin kerajaan hari ini.

Seperti pemikiran zaman jahiliah yang menyebut niatlah minum arak itu sebagai minum ubat, sebab nak menunjukkan yang arak itu boleh di minum maka niat telah menghalalkan cara, begitulah dengan percukaian SST walaupun tahu kesan tetap dilaksanakan kononnya untuk rakyat.

Rakyat sekelian boleh bertepuk tangan sekarang ini tanda bergembira.

Percukaian SST, Rakyat Sudah Boleh Bertepok Tangan

……………..
https://pakdin.my/tag/gst

 

UTAMAEKONOMIPercukaian SST, Rakyat Sudah Boleh Bertepok Tangan

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium