Perdagangan Luar Negeri Malaysia Februari 2019 Jatuh - pakdin.my

Ramai yang fokus kepada berita minggu lepas di mana eksport untuk bulan Februari jatuh 5.3% iaitu pada kadar diluar jangkaan kepada nilai terendah semenjak Ogos 2016.

Walaupun berita eksport itu menakutkan tetapi apa yang lebih seram ialah kejatuhan import sebanyak 9.4%.

Itu pun bukan yang paling menakutkan.

Saya lihat kepada kadar kejatuhan dalam Barangan Penggunaan iaitu barang-barang yang dibeli oleh Rakyat untuk penggunaan harian.

Kejatuhan bulan ke bulan untuk import barangan penggunaan bukan hanya pada bulan Februari sahaja.

Tetapi telah menjadi satu trend setelah menurun untuk 3 bulan berturut-turut dan trend ini bertambah kuat.

Disember – jatuh 0.8%
Januari – jatuh 1.0%
Februari – jatuh 11.6%

Lagi parah lagi ialah import untuk kategori barangan tahan lama yang jatuh 26.8% lagi dalam bulan Februari setelah jatuh 18.5% bulan Disember lalu.

Kategori barangan tahan lama bermaksud barang-barang seperti perkakas elektronik (komputer, henfon, peti sejuk, TV), perabot, perhiasan rumah dan sebagainya.

Biasanya permintaan untuk barangan tersebut adalah penanda kepada keyakinan dan daya membeli rakyat biasa.

Jika rakyat tidak yakin dengan keadaan ekonomi atau tidak ada wang lebihan, mereka tidak akan membeli barangan dalam kategori ini.

Saya juga lihat laporan dari Retail Group Malaysia yang melaporkan bahawa kadar pertumbuhan jualan runcit pada suku terakhir tahun 2018 adalah lebih rendah berbanding pada tempoh yang sama tahun 2017 walaupun SST telah menggantikan GST.

Retail Group Malaysia juga melaporkan bahawa penjualan untuk kategori pasar raya dan hypermarket telah susut 5% untuk tahun lepas dan kadar susustan dijangka bertambah teruk kepada 7.6% pada suku pertama tahun 2019.

Rangkuman dari semua laporan ini ialah Rakyat biasa sedang menghadapi tekanan keadaan ekonomi dan daya beli yang semakin merosot pada masa ini.

Trend juga menunjukkan tekanan ini sedang semakin bertambah teruk.

Ini bermakna tekanan dari ekonomi kapital yang merosot selepas PRU14 semakin beralih ke ekonomi Rakyat.

Pendek kata: jika tahun lepas susah, tahun ini bertambah susah lagi.

Facebook Najib Razak

UTAMAEKONOMIPerdagangan Luar Negeri Malaysia Februari 2019 Jatuh

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium