31.6 C
Kuala Lumpur
Sunday, September 27, 2020

Perdana Menteri Najib Razak Mengumumkan Kepulangan Selamat Rakyat Malaysia Yang Ditahan Di Korea Utara

Beberapa hari yang baik untuk rakyat Malaysia.

5 tebusan kembali dari Filipina dan sekarang 9 kembali dari Korea Utara.
Syabas.

——————

Kepulangan Rakyat Malaysia yang Ditahan di Korea Utara

PERDANA MENTERI NAJIB RAZAK MENGUMUMKAN KEPULANGAN SELAMAT RAKYAT MALAYSIA YANG DITAHAN DI KOREA UTARA
30 Mac 2017

  1. Saya dengan sukacita ingin memaklumkan bahawa sembilan rakyat Malaysia yang sebelum ini dihalang daripada meninggalkan Korea Utara, telah dibenarkan pulang ke Malaysia. Alhamdulillah, mereka telah bertolak dari Pyongyang hari ini pada 6.30 petang, dan akan tiba di Kuala Lumpur esok sekitar 4.00 pagi.

2.  Saya mengucapkan terima kasih kepada semua di dalam Kerajaan Malaysia yang terlibat dalam rundingan, yang diketuai oleh Kementerian Luar Negera. Saya amat prihatin dan ambil berat terhadap perkara ini, dan kita telah bekerja bersungguh-sungguh di belakang tabir bagi mencapai kejayaan ini. Pelbagai cabaran telah ditempuh bagi memastikan kepulangan rakyat Malaysia. Keselamatan rakyat kita akan sentiasa menjadi keutamaan saya.
3.  Kita kini akan membenarkan rakyat Korea Utara untuk meninggalkan Malaysia. Selain itu, berikutan selesainya urusan bedah siasat dan penerimaan surat daripada keluarga mendiang meminta mayat dikembalikan kepada Korea Utara, koroner telah meluluskan pelepasan mayat tersebut.

  1. Kerajaan berpegang teguh kepada prinsip-prinsip keadilan dan kedaulatan. Siasatan polis terhadap jenayah serius yang berlaku di negara kita ini akan diteruskan. Saya telah mengarahkan agar semua langkah perlu diambil bagi membawa mereka yang bertanggungjawab terhadap pembunuhan ini ke muka pengadilan.
  2. Sebagai Perdana Menteri, saya bersyukur kerana rakyat telah bersatu atas semangat Negaraku dalam menangani krisis ini.

DATO’ SRI NAJIB TUN RAZAK
PERDANA MENTERI MALAYSIA

najibrazak.com

Berita Berkaitan

Pesan Pada PAS Jangan Khianati UMNO – Zahid Hamidi

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meminta PAS selaku rakan sekutu utama di...

“Deklarasi Anwar dan Kenyataan Zahid Jadi Peringatan Buat PPBM”

Deklarasi Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menubuhkan kerajaan baru merupakan satu peringatan kepada Kerajaan...

Hisham: Umno perlu waspada, sedar bahaya sokong Anwar

Hishammuddin tak payah gelabah dan keluar kenyataan mengarut lah. Tak ada siapa dari UMNO...

Saya akan tarik balik sokongan terhadap Muhyiddin, kalau bawa kepada pilihan raya mengejut, kata Nazri

Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz akan menarik balik sokongannya terhadap Perdana Menteri Muhyiddin...

Poster ucapan tahniah atas upacara angkat sumpah Anwar adalah palsu kata AMK PKR

Berikutan penafian AMK mengenai desas-desus bakal mengangkat sumpah pada Jumaat ini, mengesahkan Anwar mengulangi...

Keputusan Presiden UMNO adalah ke arah pembubaran Parlimen, Anwar tak boleh jadi PM secara automatik

Pada saya, keputusan Presiden UMNO semalam untuk tidak menghalang mana-mana Ahli Parlimen UMNO untuk...

Drama pemilihan Ketua Menteri Sabah belum tamat, Zahid bertegas

KOTA KINABALU – Konflik pemilihan Ketua Menteri Besar Sabah masih belum terjawab meskipun pimpinan Gagasan Rakyat Sabah (GRS) telah mengadap Yang Dipertua Negeri Tun,...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Komen

..

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,345PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan