Perdana Menteri @NajibRazak Akan Umum Penstrukturan Semula Jemaah Menteri - pakdin.my

tmp_25510-najib razak struktur semula jemaah menteri-900653795

YAB Dato’ Seri Mohd Najib, Perdana Menteri Malaysia dijangka akan menstruktur semula Jemaah Menteri dan lantikan baru bagi memenuhi keperluan terkini.

Penstrukturan tersebut akan diumumkan dalam masa terdekat.

Antara keperluan penstrukturan tersebut adalah bagi mengganti kekosongan satu jawatan menteri dan dua jawatan menteri seperti berikut:

Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Datuk Amar Douglas Uggah yang bertanding di DUN Bukit Saban pada Pilihanraya Negeri Sarawak pada 7 Mei lepas. Beliau telah dilantik salah seorang dari tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak.

Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Allahyarhamah Dato’ Hjh Noriah Kasnon yang terkorban didalam nahas helikopter di Batang Lupar, Sarawak.

YAB Dato’ Seri Ahmad Bashah, Bekas Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan yang dilantik menjadi Menteri Besar Kedah menggantikan Dato’ Mukhriz Mahathir.

UTAMABERITAPerdana Menteri @NajibRazak Akan Umum Penstrukturan Semula Jemaah Menteri

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium