Perdana Menteri Rasmi Pecah Tanah ECRL 9 Ogos Di Tapak Projek KotaSAS Central Station, Bandar Baru Kuantan - pakdin.my

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak akan merasmikan majlis pecah tanah projek Rangkaian Rel Pantai Timur (ECRL) di Bandar Baru Kuantan, Pahang, pada 9 Ogos.

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL), Darwis Abdul Razak berkata acara itu akan berlangsung di tapak projek ECRL KotaSAS Central Station.

Acara itu akan disertai pegawai kanan kerajaan China dan pemegang kepentingan projek berkenaan.

“Perdana Menteri memberi perhatian berat dalam memastikan kejayaan projek ECRL. Untuk itu, kami berbesar hati untuk memberi penghormatan kepada beliau untuk merasmikan projek infrastruktur pemangkin utama itu yang bakal menyaksikan laluan kereta api baharu dibangunkan bagi menghubungkan negeri-negeri pantai timur ke Greater Lembah Klang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Projek ECRL yang berperanan sebagai pencetus perubahan dalam menggalakkan pertumbuhan ekonomi, dijangka meningkatkan pendapatan industri dan perniagaan di sepanjang laluan berkenaan, dengan ekonomi masyarakat tempatan diunjur membangunkan pada kadar minimum 1.5 peratus. Projek berimpak tinggi dalam Racangan Malaysia Ke-11 itu, melibatkan pembinaan landasan sepanjang 688-kilometer dengan kos sebanyak kira-kira RM55 bilion.

Darwis berkata, projek ERCL mendapat sambutan positif daripada penduduk tempatan di sepanjang pameran awam yang berlangsung selama tiga bulan di 15 daerah di Pahang, Terengganu dan Kelantan.

ECRL juga akan mengurangkan pelepasan karbon.

MRL, jentera tujuan khas milik Menteri Kewangan Diperbadankan, merupakan pemilik projek ECRL, manakala China Communications Construction Company Ltd (CCCC), terlibat dalam aspek kejuruteraan, pemerolehan, pembinaan serta pengoperasian landasan baharu itu.

UTAMAPerdana Menteri Rasmi Pecah Tanah ECRL 9 Ogos Di Tapak Projek KotaSAS...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium