25 C
Kuala Lumpur
Friday, October 23, 2020

Pergerakan Tanah Hingga Merekah, Penduduk Di Kampung Pawong Diarah Berpindah

Beberapa rumah di Kampung Pawong, Pos Raya di Jalan Simpang Pulai-Jalan Cameron Highlands di sini mengalami keretakan selepas dipercayai berlakunya pergerakan tanah di kampung berkenaan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian kira-kira jam 3.03 petang sebelum sepasukan anggota diarahkan ke lokasi kejadian bagi memantau keadaan di kampung berkenaan.

Katanya, bomba mendapati memang benar berlaku pergerakan tanah sehingga menyebabkan beberapa rumah mengalami keretakan kecil dan pemantauan lanjut sedang dijalankan.

Menurutnya, tiada mangsa terbabit dalam kejadian itu dan pihaknya akan memaklumkan perkembangan kes itu selepas pemantauan dijalankan.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Perak dan Kedah, Hairulnizam Abd Rahman, ketika dihubungi berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu petang tadi dan mengarahkan semua penduduk yang kediaman mereka terjejas akibat pergerakan tanah itu supaya berpindah ke lokasi yang lebih selamat.

“Setakat yang saya dimaklumkan, semua penghuni yang terbabit kini menumpang di kediaman sanak saudara di kampung berkenaan buat sementara waktu sehingga mendapat arahan yang selanjutnya daripada pihak berkuasa.

“Saya masih berhubung dengan pihak Ibu Pejabat JAKOA Putrajaya bagi mendapatkan arahan selanjutnya berhubung kejadian ini terutama dari aspek bantuan serta keperluan mangsa yang terjejas.

“Ia termasuk memikirkan kaedah menempatkan atau membina semula kediaman mangsa yang terjejas berpandukan laporan yang akan diterima daripada pihak berwajib terutama bomba.

“Jika tanah tidak lagi sesuai untuk diduduki atau kejadian itu dikategorikan sebagai bencana, kita kena cari tapak yang baharu dan bersesuaian untuk pembinaan kediaman baharu,” katanya ketika dihubungi NSTP di sini, hari ini.

Hairulnizam berkata, setakat ini pihaknya masih belum mendapat maklumat penuh berhubung kejadian dan pegawainya akan berhubung dengan Tok Batin Kampung Pawong, Pos Raya bagi mendapatkan maklumat penuh dan seterusnya membolehkan bantuan susulan dihulurkan secepat mungkin.

Dalam pada itu, Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains (JMG) Perak, Datuk Ahmad Zukni Ahmad Khalil, berkata JMG Perak menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 3 petang dan sudah menghantar pegawai untuk menjalankan siasatan di lapangan bagi mencari punca kejadian.

“Saya masih menunggu laporan daripada pegawai di lapangan dan akan memaklumkan hasil dapatan sebaik ia diperoleh,” katanya.

https://pakdin.my/tag/tanah-runtuh






Berita Berkaitan

Jumpa mayat reput di belakang kuil

Taiping: Mayat reput ditemui penduduk di kawasan semak belakang kuil di Taman Zenith, di...

Polis tahan 31 individu berhibur dalam parti tertutup

ISKANDAR PUTERI: Polis menahan 31 individu dipercayai mengadakan parti tertutup di dua kediaman dalam...

‘Raja’ Macau Scam Goh Leong Yeong lolos panjat pagar SPRM diburu polis

Bukit Aman sedang memburu dalang utama atau ‘Raja’ Macau Scam yang melarikan diri dengan...

ADUN Warisan Kunak positif COVID-19

KUNAK: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kunak, Norazlinah Arif hari ini memaklumkan beliau disahkan...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,359PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan