Pergolakan Hamas-Fatah Wajar Dijadikan Iktibar

Popular

01:00:37

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak...

Kos pengeluaran arang batu turun, tarif elektrik dijangka lebih rendah

Tenaga Nasional Bhd (TNB) menjangkakan kemungkinan berlakunya penurunan kecil...

PROTON terus catat jualan memberangsangkan

Proton Holdings Bhd (PROTON) menjual sebanyak 11,378 unit kenderaan...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan...

China akan beli 1.7 juta tan minyak sawit Malaysia sehingga 2023

China menyatakan komitmennya untuk membeli 1.7 juta tan minyak...

Terkini

15 jemaah masjid Jitra korban Covid dalam 2 minggu

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Dr Mohd...

[Video] Syarifuddin juara CEV Moto3 Remaja Dunia

Pelumba negara, Syarifuddin Azman mengharumkan nama Malaysia selepas muncul...

Kapolrestro Jakbar beri sinyalemen barang bukti selain ganja pada EAP

barang bukti cukup beragam dan cukup banyak yang...

新冠确诊添5304宗雪隆占46%

截至今午12时,我国新冠病毒单日新增确诊病例持续下降,报5304宗。

HAMAS-PERSIDANGAN-UMNO

Forum antarabangsa anjuran Umno Malaysia semalam dilihat telah menempa sejarah tersendiri apabila berjaya menyediakan platfrom khas untuk pemimpin Fatah dan Hamas berkongsi penderitaan rakyat Palestin. Forum yang diadakan semalam itu bertemakan Kesederhanaan Politik diadakan bersempena Perhimpunan Agung Umno yang akan di adakan bermula hari ini.

Ia juga diharapkan agar kedua-dua parti (Fatah dan Hamas) dapat mengabung-jalinkan serta mencari titik perpaduan sekaligus membentuk kerjasama demi kebaikan rakyat Palestin.

Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Forum Antarabangsa UMNO 2013, Datuk Dr. Norraesah Mohamad ketika ditemui berkata, Fatah diwakili oleh Timbalan Komisioner Hubungan Luarnya, Dr. Abdullah M. Abdullah manakala pihak Hamas oleh Ketua Biro Politiknya, Khaled Meshaal.

Hamas sebelum ini dilaporkan teah meminta kerajaan Malaysia pimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak agar menjadi perantara kepada proses damai antara Hamas dan Fatah. Mereka dikatakan telah meletakkan kepercayaan kepada Umno sekaligus membuktikan, Umno bukan sahaja menjadi tunjang kepada masyarakat di Malaysia tetapi menjadi sandaran umat antarabangsa seperti di Palestin.

Kebolehpercayaan masyarakat antarabangsa terhadap Umno telah membuktikan parti itu bukan sahaja mampu menjalankan tanggungjawabnya dalam negara tetapi perlu memainkan peranan yang lebih besar di peringkat antarabangsa.

Seharusnya kepercayaan terhadap Umno oleh Fatah-Hamas ini menjadi teladan kepada parti politik dalam negara untuk duduk bersama Umno demi tanggungjawab terhadap Agama, Bangsa dan Tanahair ini. Parti politik di Malaysia harus menolak perbezaan pandangan politik dalam hal yang berkait dengan kepentingan agama dan negara.

Malangnya kepentingan agama dan kepentingan umum banyak dipolemikkan demi survival politik masing – masing tanpa jalan penyelesaian yang menguntungkan agama dan rakyat. Setiap parti perlu berlapang dada dan mengikhlaskan hati demi kepentingan rakyat sejagat. Islam menyeru kepada perpaduan, Islam melarang umatnya berpecah – belah.

Ini bukanlah kali pertama Malaysia menjadi orang tengah dalam  proses damai diperingkat antarabangsa. Malaysia telah pun berjaya menjadi orang tengah perdamaiaan antara kerajaan Filipina dengan puak pemisah Mindanoa. Selain itu, Malaysia juga telah mendamaikan ketegangan antara kerajaan Thailand dengan masyarakat Islam di Selatan Thailand. Ini menjadi kayu ukur kejayaan Malaysia yang telah diambil kira oleh kumpulan Hamas dan Fatah.

Dalam konteks perpaduan negara, Muzakarah antara Umno – Pas mestilah diterima dari sudut pandang positif. Ambillah iktibar dari utusan Nabi SAW bahawa kehadiran baginda adalah untuk menyatukan keseluruhan umat tanpa mengambil kira taraf atau kepentingan sesuatu kabilah. Penyatuan ummah Ansar Muhajirin menjadi titik tolak kearah penyatuan ummah di dunia ini.

Kini Nabi SAW sudah tiada, tetapi menjadi tanggungjawab kita sebagai khalifah yang ada hari ini untuk meneruskan agenda penyatuan ummah di dunia dan di Malaysia. Bersegeralah untuk bersatu demi Agama, Bangsa dan Tanahair. Jangan tunggu apabila kita sudah bergolak seperti di Palestin baru kita mahu mencari jalan penyatuan. Bak kata pepatah jangan tunggu seperti sudah terhatuk baru terngadah.

BACA juga:

Leave a Reply