Pergolakan PAS-DAP Seakan Tiada Noktah

wpid-hadi-awang-lim-guan-eng.jpg

- Advertisement -

Ibarat retak menanti belah. Gabungan parti pakatan PAS-Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP terus bergolak meskipun telah menjalinkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi sejak 2008.

Menjanjikan kepada rakyat kononnya gabungan Pakatan Rakyat adalah parti alternatif kepada Barisan Nasional (BN), ternyata ia hanya ‘indah khabar dari rupa’ apabila perbezaan ideologi khususnya antara PAS dan DAP tidak mampu mengikat kedua-dua parti itu untuk bersetuju dengan perjuangan yang dibawa parti masing-masing.

Apakah ertinya tahaluf siyasi atau kerjasama politik yang dilaksanakan PAS-PKR-DAP jika ia hanya terpakai dalam konteks pilihan raya semata-mata dan bukannya pada setiap masa?

Justeru, apakah layak untuk parti pakatan itu menawarkan kepada rakyat bahawa mereka adalah parti yang boleh menjadi harapan rakyat jika masalah dalaman masih ditayangkan untuk tatapan umum?

KERJASAMA POLITIK TIDAK TAMAT KONFLIK

Penganalisis politik juga melihat tahaluf siyasi yang dilaksanakan PAS-PKR-DAP hanya retorik politik yang semata-mata untuk meningkatkan sokongan pengundi kepada parti masing-masing, dan bukannya kepada gabungan pakatan sebagai satu parti.

Perjalanan sesuatu kerjasama politik tidak harus dilihat hanya untuk masa-masa tertentu sahaja bagi memenangi pilihan raya sebaliknya harus meliputi pelbagai aspek termasuklah corak pengurusan kerajaan negeri yang dikuasai mereka.

Prof Madya Mohd Izani Mohd Zain daripada Jabatan Pengajian Kenegaraan dan Ketamadunan Universiti Putra Malaysia (UPM) melihat konsep kerjasama politik parti pakatan meliputi dua perkara iaitu pakatan pilihan raya serta dalam bentuk isu dan kepentingan bersama.

Beliau berkata pakatan dalam bentuk isu dan kepentingan bersama sering membawa masalah kerana kerjasama politik mereka tidak pernah menggugurkan dasar perjuangan parti masing-masing.

“Maka tidak hairanlah PAS masih mengekalkan perjuangan hukum hudud kerana perjuangan itu dibentuk lebih awal sebelum pakatan diwujudkan. Hudud adalah hak PAS.

“Ini bermakna kerjasama politik dan kompromi selama ini hanya melengahkan konflik tetapi tidak sama sekali menamatkan konflik antara mereka,” katanya kepada Bernama di sini.

DAP PERLU FAHAM PAS

Timbalan Dekan Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Prof Dr Mohd Fuad Mat Jali berkata keadaan semasa yang berlaku memungkinkan sama ada PAS atau DAP keluar daripada parti pakatan, sekiranya pertelagahan gagal diselesaikan dengan baik.

Katanya DAP sepatutnya memahami apakah sebenarnya perjuangan PAS, iaitu menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hukum hudud, sebelum bersetuju menerima PAS sebagai rakan dalam parti pakatan.

“Perkara ini sepatutnya tidak menjadi isu andainya DAP terlebih dahulu memahami perjuangan dan matlamat PAS. Sebagai satu pakatan, DAP patut memberi kerjasama kepada PAS. Hudud ini sebenarnya tidak memberi kesan kepada orang bukan Islam,” katanya kepada Bernama.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Persidangan Kebangsaan DAP di Petaling Jaya, 14 Dis lepas dilapor sebagai berkata bahawa penolakan hukum hudud perlu dimuktamadkan kerana itu adalah aspirasi pengundi sederhana dan bukannya pengundi ekstrem dalam memberi sokongan kepada pembangkang untuk merampas Putrajaya.

Lim berkata pendirian tegas dan kedudukan yang jelas bahawa parti pakatan tidak akan melaksanakan hukum hudud penting bagi memenangi pilihan raya umum ke-14 akan datang.

Pemangku Timbalan Ketua Dewan Ulama PAS Datuk Dr Mahfodz Mohamad dalam reaksi segeranya menempelak Lim dan menegaskan bahawa PAS tidak akan berganjak daripada pendiriannya untuk melaksanakan hukum hudud meskipun ditentang DAP.

DAP tidak berhak menghalang pelaksanaan hukum hudud di Kelantan memandangkan negeri itu adalah di bawah pentadbiran PAS, kata Mahfodz.

PAS MUNGKIN PERTIMBANG KELUAR PAKATAN

Mohd Fuad tidak menolak kemungkinan PAS akan mempertimbangkan untuk keluar daripada parti pakatan sekiranya setiap perjuangannya terus mendapat kritikan daripada DAP.

Beliau berkata PAS sudah sedia menghadapi sebarang kemungkinan dan tentangan daripada sekutunya untuk merealisasikan pelaksanaan hukum hudud.

“Apa salahnya jika DAP memberi peluang dan melihat dahulu bagaimana perjalanan hukum hudud itu. DAP ini tidak mahu moral mereka jatuh…kalau menyokong PAS, penyokong mereka akan beranggapan bahawa DAP telah tunduk kepada PAS,” katanya.

Sementara itu, Mohd Izani berkata akan wujud kemungkinan PKR memaksa PAS untuk melupakan pelaksanaan hukum hudud.

“Kemungkinan itu ada kerana selama ini pun PKR banyak menyebelahi DAP. PAS selalu bersendirian dalam banyak perkara walaupun dikatakan kerjasama,” katanya.

Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pada Isnin lepas dilapor sebagai menyarankan DAP keluar daripada gabungan longgar pakatan sekiranya tidak selesa dengan perjuangan PAS melaksanakan hudud.

Sehari sebelumnya, Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob memaklumkan bahawa kerajaan negeri akan mengadakan persidangan khas Dewan Undangan Negeri bagi membentangkan pindaan terhadap Kanun Jenayah Syariah II 1993 atau dikenali sebagai Hukum Hudud pada 29 Dis ini, sebelum dibentangkan di Parlimen.

Menurut Perkara 76A Perlembagaan Persekutuan, kerajaan negeri boleh melaksanakan undang-undang berkenaan setelah mendapat kebenaran Parlimen, kata Ahmad.

Berita Berkaitan

Komen

......
Advertisment

Instagram

Terkini

Laporan audit: 28 makanan kering luput lebih 1 tahun dibekal ke sekolah berasrama

Sebanyak 28 bahan makanan kering yang dibekalkan di bawah Program Bekalan Makanan Bermasak (BMB) di 13 sekolah berasrama didapati tidak mempunyai tarikh luput dan...

Laporan audit: 28 makanan kering luput lebih 1 tahun dibekal ke sekolah berasrama

Sebanyak 28 bahan makanan kering yang dibekalkan di bawah Program Bekalan Makanan Bermasak (BMB) di 13 sekolah berasrama didapati tidak mempunyai tarikh luput dan...

Kejayaan tukar speaker bukti Agong tepat dalam membuat keputusan

Ketika Agong membuat keputusan bahawa Muhyiddin Yassin mempunyai sokongan majoriti lalu diangkat menjadi perdana menteri susulan tumbangnya kerajaan Pakatan Harapan ekoran perletakan jawatan Dr...

Individu hina tulisan Jawi tak layak jadi warganegara Malaysia

Individu yang menghayati dan mengamalkan prinsip kelima Rukun Negara – Kesopanan dan Kesusilaan – tidak akan sesekali menghina tulisan Jawi yang menjadi warisan negara. Pengerusi...

Anwar Dilantik Ketua Pembangkang

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Mohamad Ariff Md Yusof secara rasmi mengumumkan Ahli Parlimen Port Dickson, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipilih sebagai Ketua...

Nasihat KKM kepada yang menjadikan sosej hidangan utama

Jika anda beranggapan bahawa kandungan sosej sama seperti daging atau ayam segar, anggapan tersebut adalah SALAH sama sekali. Sosej bukan daging sebenar. Sosej adalah sejenis...

Sering Dibaca

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

01:00:37
Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

[Video] Apa motif Mahathir & Guan Eng buat pinjaman Bon Samurai sedangkan ekonomi negara disahkan kukuh?

Menteri kewangan Tengku Zafrul buat kenyataan bahawa kerajaan tak perlu buat pinjaman luar negara kerana kedudukan kewangan negara masih kukuh. Menjadi persoalan kenapa kerajaan terlucut...

Covid-19: Masa sesuai kaji semula dasar pelaburan negara

Ini merupakan masa yang sesuai untuk Malaysia membuat pertimbangan yang mendalam berhubung insentif dan proses pelaburannya yang akan menjadikan negara ini menonjol daripada yang...

[Video] Covid-19: Hutang Negara jauh lebih tinggi semasa PH tetapi tiada pakej perihatin rakyat

Jan-Apr 2019 (tak ada krisis Covid): - Pinjaman baru: RM54.8b (termasuk bon samurai RM7.8b) - Bayaran balik hutang: RM17.7b - Hutang negara tambah RM37.1b. Jan-Apr 2020 (krisis Covid) -...

Bimbang rusuhan di AS, harga minyak jatuh

NEW YORK – Harga minyak jatuh disebabkan rusuhan di bandar-bandar besar Amerika Syarikat (AS) ketika dagangan meningkat kerana pasaran optimistik Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Minyak...

Dr Mahathir letak jawatan?

Antara yang disebut dalam printscreen itu adalah “Tun nak resign sebagai Perdana Menteri esok hari” ia dipercayai berkait dengan perubahan senarai Exco Johor seperti yang disebut dalam ayat sama dalam WhatsApp berkenaan.