28.3 C
Kuala Lumpur
Sunday, October 25, 2020

Perhimpunan Agung UMNO 2011 29 November – 3 Disember

Perhimpunan Agong UMNO

KUALA LUMPUR 29 Julai – Perhimpunan Agung UMNO 2011 akan diadakan pada 29 November hingga 3 Disember tahun ini.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang juga Presiden UMNO berkata, perhimpunan dimulakan dengan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti – Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri – pada 29 November.

“Perhimpunan Agung pula diadakan pada 1 hingga 3 Disember,” katanya pada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Menara Dato’ Onn di sini.

Beliau berkata, sempena perhimpunan lima hari itu, satu forum antarabangsa bersama-sama delegasi luar negara akan diadakan.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata mesyuarat MT hari ini memutuskan untuk menarik balik penggantungan enam anggota UMNO.

Empat daripada mereka ialah dari Bahagian Rantau Panjang, Kelantan iaitu Datuk Mohd. Zain Ismail (bekas Ketua UMNO bahagian); Ghazali Ismail (bekas Timbalan Ketua bahagian); Fauziah Che Wok (bekas Ketua Wanita Bahagian) dan Fauzi Omar (bekas Ketua Pemuda Bahagian) yang digantung keanggotaan selama tiga tahun pada September 2008.






Berita Berkaitan

Darurat Politik: Agong Belum Perkenan, Suruh PM Balik Dulu

Yang Di Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah belum memberi sebarang perkenan atas...

Laporan Presiden UMNO ‘U-turn’ tidak benar

Laporan sebuah portal mendakwa Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bertindak ‘U-turn”...

UMNO Gesa Gencatan Politik, Fokus Sepenuhnya Agenda Bantu Rakyat – Ahmad Zahid

Umno hari ini mengumumkan “gencatan politik” bagi memastikan agenda menangani Covid-19 dan membantu rakyat...

Kamulah punca sistem negara ini rosak, kata Ramkarpal kepada Mahathir

Ahli Parlimen Bukit Gelugor dari DAP Ramkarpal Singh menyatakan kekesalannya bekerjasama dengan Dr Mahathir...

Komen

..

Dah memang cara Mahathir dari dulu, Najib beritahu Ram Karpal

Ahli Parlimen DAP Ramkarpal kata dia kesal pernah kerjasama dengan Tun Mahathir. Ramkarpal juga dakwa Tun Mahathir telah musnahkan sistem kehakiman untuk penjarakan ramai orang...
993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,355PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan