27.4 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Perhimpunan Aman Kecam Adun Machang Bubuk Bertukar Kecoh Akibat Jeritan “Melayu Bodoh” Oleh Seorang Cina

Cina kurang ajar kena tumbuk
Cina kurang ajar kena tumbuk

Perhimpunan aman mengecam tindakan biadab Anggota Dewan Undangan Negeri Machang Bubuk Lee Khai Loon menyumbat kangkung ke dalam mulut patung menyerupai perdana menteri bertukar kecoh apabila seorang penunggang motosikal menjerit kata-kata kesat ke arah kumpulan itu.

Perhimpunan anjuran Umno bahagian Bukit Mertajam yang dihadiri kira-kira 300 orang itu diadakan di hadapan Pusat Khidmat Adun Machang Bubuk di Alma, di sini bermula pukul 10.30 pagi ini.

Tindakan lelaki berusia lewat 30-an yang memberhentikan motosikal ketika melalui kawasan perhimpunan serta menjerit perkataan kesat itu beberapa kali menyebabkan peserta perhimpunan mengejar lelaki terbabit sebelum cuba memukulnya.

Bagaimanapun tindakan pantas polis yang berada di tempat kejadian berjaya menyelamatkan keadaan.

Jurucakap polis berkata lelaki itu ditahan untuk siasatan lanjut dan polis juga akan mengambil keterangan beberapa saksi yang mendengar serta melihat kejadian.

Sementara itu, Setiausaha Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang Datuk Musa Sheikh Fadzir berkata pihaknya kesal dengan tindakan lelaki terbabit kerana menimbulkan perasaan marah di kalangan mereka yang menghadiri perhimpunan aman itu.


Mengulas tentang perhimpunan aman itu, Musa yang juga Ketua Umno bahagian Bukit Mertajam berkata perhimpunan yang disertai pertubuhan bukan kerajaan dan Kumpulan Kebajikan Melayu itu juga bertujuan membantah tindakan Lee yang menghina Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata orang Melayu di Pulau Pinang terutama penduduk di Machang Bubuk mahu wakil rakyat berkenaan tampil memohon maaf atas tindakannya itu.

Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang Rahmad Isahak yang turut menyertai perhimpunan itu berkata Lee sepatutnya membantu peniaga kecil terutama yang berniaga di tepi jalan yang ketika ini dilanda masalah kerana Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) mahu meroboh gerai mereka.

“Bantu rakyat di kawasan ini dan cuba selesaikan masalah mereka terutama peniaga di tepi jalan yang sekarang ini terhimpit akibat tindakan MPSP dan janganlah bertindak biadab seperti itu,” katanya.

 

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...