Statistik Corona

Malaysia
2,112,175
Confirmed
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am
Malaysia
1,880,733
Recovered
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am
Malaysia
207,698
Active
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am
Malaysia
23,744
Deaths
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am

Malaysia

Malaysia
2,112,175
Confirmed
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am
Malaysia
1,880,733
Recovered
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am
Malaysia
23,744
Deaths
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am

Indonesia

Indonesia
4,192,695
Confirmed
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am
Indonesia
3,996,125
Recovered
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am
Indonesia
140,634
Deaths
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am

Thailand

Thailand
1,500,105
Confirmed
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am
Thailand
1,352,838
Recovered
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am
Thailand
15,612
Deaths
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am

Global

All countries
229,817,782
Confirmed
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am
All countries
204,760,923
Recovered
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am
All countries
4,713,390
Deaths
Updated on September 21, 2021 02:58 2:58 am

Perhimpunan Haram Perjuang Kenaikan Harga Barang Hanya ‘Topeng’ – Polis

guling-8

Perhimpunan haram anjuran badan bukan kerajaan (NGO) di Dataran Merdeka Selasa malam adalah ‘topeng’ oleh pihak tertentu yang mempunyai agenda lebih luas untuk mencemarkan sistem demokrasi negara seperti yang berlaku di Thailand dan Mesir.

Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Bukit AmanDatuk Seri Salleh Mat Rashid berkata perhimpunan itu adalah permulaan bagiagenda yang lebih luas.

“Mereka cuba untuk membangkitkan rasa tidak percaya pada demokrasi di negara ini seperti di Thailand dan Mesir setelah mereka tidak berjaya dalam pilihan raya umum lalu,” katanya kepada Bernama selepas ditemu bual BernamaTV dalam program Ruang Bicara yang dikendali Dahalan Maamor bertajuk ‘Ambang 2014: Menghormati Hak Berhimpun’ yang bersiaran secara langsung Selasa malam.

Perhimpunan haram itu, yang dihadiri 4,000 peserta, bertukar ganas dan merencatkan konsert Ambang Merdeka anjuran Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL)yang terpaksa dihentikan setengah jam sebelum detik jam 12 malam.

Polis sebelum ini menamakan empat NGO sebagai terlibat dalam penganjuran perhimpunan haram berkenaan iaitu Gerakan Turun Kos Sara Hidup, Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Jingga 13 dan Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM).

Salleh berkata tujuan perhimpunan itu diadakan ketika secara tradisinyarakyat Malaysia menyambut ketibaan tahun baharu adalah untuk mengaburi pihakluar kononnya ia mendapat sambutan rakyat.

“Hakikatnya mereka tahu jumlah mereka kecil, dan cuba menggunakan orang ramai yang merayakan tahun baharu yang lebih ramai daripada jumlah mereka, untuk dijadikan alat sebagai bukti di dalam gambar dan video mereka serta dimuatkan ke dalam laman sosial, kononnya perhimpunan mereka mewakili suara rakyat,” katanya.

Beliau berkata mereka juga cuba mewujudkan suasana provokasi ke atas polisagar pihak keselamatan menahan mereka dan akan menggunakan insiden tangkapanmereka bagi menunjukkan kerajaan di negara ini zalim, demokrasi terjejas selaincuba menggambarkan keganasan polis melalui media sosial.

“Mereka sudah mempunyai skrip untuk perhimpunan ini. Apa yang merekaperlukan ialah gambar dan video untuk melengkapkan skrip mereka,” katanya.

Beliau berkata polis tidak akan menjadi instrumen kepada agenda itu danhanya akan membuat tangkapan mereka yang terbabit selepas bukti serta keterangandikumpul bagi membolehkan mereka dihadapkan ke mahkamah.

Justeru, Salleh menasihati pihak luar mahupun golongan muda agar tidak mudahterpedaya dengan cubaan pihak terbabit untuk memburukkan sistem demokrasi dinegara ini kerana hakikat sebenarnya, Malaysia masih sebuah negara yang amandan demokratik.

Malah, katanya, negara ini mempunyai sistem demokrasi berparlimen yang manarakyat boleh menyuarakan rasa tidak puas hati mereka kepada wakil rakyat masing-masing tanpa perlu melakukan rusuhan.

Beliau berkata wakil rakyat akan membawa masalah mereka ke Parlimen.

Pada Pilihan Raya Umum ke-13, Barisan Nasional memperoleh 133 kerusiParlimen daripada 222 kerusi yang dipertanding manakala pembangkang menguasai 89 kerusi.

guling-poster

Berkaitan