Periksa Newsfeed Facebook anda, 1 daripada 4 entri adalah iklan dan ini buktinya #pakdin.my

Newsfeed di APP Facebook anda adalah ruang paling berharga buat penyedia platform itu. Di sanalah mereka menjerat anda supaya menghabiskan sebahagian besar masa anda di APP mereka dan bukannya di APP lain seperti YouTube, Instagram, Twitter dan yang seangkatan dengannya.

Jadi, apa yang dipaparkan kepada anda dalam ruangan newsfeed menerima penelitian paling tinggi oleh Facebook menggunakan statistik. Berikut adalah beberapa pemerhatian yang saya cerap di Facebook, tak kiralah versi web ataupun mudah alih.

 

Anda boleh ujinya di Newsfeed Facebook anda sendiri.

Paling ketara adalah kedudukan kandungan tajaan mereka (sponsored content). Ini adalah sumber pendapatan utama Facebook. Bila mereka menyediakan platform media social percuma kepada anda, sudah tentu mereka akan mengambil upah menayangkan iklan daripada sesiapa sahaja yang membayarnya.

 

Contoh sponsored content

Anda akan perasan yang slot nombor 2 newsfeed anda akan sentiasa diisi sponsored content. Kemudian, sponsored content seterusnya akan muncul selang 3 slot kemudian dalam pola fungsi berikut:

Menerusi fungsi itu, x adalah nombor sponsored content manakala n adalah dislot manakah ia akan muncul.

Contoh suggested content

Di antara sponsored content, akan ada kandungan organik (organic content) yang didalamnya akan mengandungi salah satu daripada 4 benda ini iaitu:

  1. Kategori 1: Utusan daripada kawan anda atau profile yang anda follow
  2. Kategori 2: Utusan daripada Facebook Group yang anda sertai
  3. Kategori 3: Utusan daripada Facebook Page yang anda sertai
  4. Kategori 4: Kandungan yang disarankan kepada anda

Untuk kandungan organik, saya dapati yang taburannya agak rawak. Tapi jenis utusan yang mendominasi adalah daripada kawan anda dan Facebook Group.

Saya Cuma nak beritahu anda yanglebih 25% daripada kandungan yang anda lihat sehari-hari di Facebook adalah iklan.

Original Article

Berkaitan