Perjanjian Kontrak terhapus jika mana-mana pihak engkar - pakdin.my

,

1. Proses Malaya menuntut kemerdekaan daripada British dipermudahkan dengan dasar British Decolonisation Programme (BDP) selepas tahun 1945.

2. BDP adalah dasar Kerajaan Britain untuk meninggalkan negara yang telah dijajah akibat kos pengurusan negara yang meningkat tinggi akibat perang dunia dan hasil bumi yang dirompak dari negara-negara yang dijajah tidak lagi menguntungkan British.

3. Ketika ingin melepaskan Malaya, terdapat lebih 2 juta buruh paksa dari negara China dan India yang telah dibawa masuk oleh British ke Malaya untuk industri bijih timah dan getah British.

4. Tunku Abdul Rahman mahu Malaya Merdeka dan pendatang semua dihantar balik ke NEGARA ASAL.

5. Namun British enggan menanggung kos penghantaran balik pendatang dan Tunku dipaksa untuk menerima mereka semua sebagai warganegara.

6. Tunku tiada pilihan melainkan menawarkan skim kontrak sosial kepada kaum pendatang.

7. Sebagai balasan kepada kemurahan hati orang Melayu memberikan taraf warganegara kepada kaum-kaum pendatang, kaum pendatang telah bersetuju untuk mengiktiraf Islam sebagai agama Persekutuan, Raja-Raja Melayu sebagai Ketua Negara, hak istimewa MELAYU dan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan.

8. Mengikut undang-undang kontrak, apabila mana-mana pihak memungkiri sesuatu kontrak maka pihak-pihak boleh dikembalikan kepada status quoasal masing-masing.

9. Bermaksud jika satu pihak telah mula tidak menerima kedudukan Islam, Raja-Raja Melayu, hak istimewa MELAYU dan Bahasa Melayu, maka pihak yang satu lagi juga berhak menarik balik pemberian kewarganegaraan kepada kaum pendatang.

10. Jadi berhati-hatilah dalam mengurus keturunan kamu. Jangan biar mereka buta sejarah.

Oleh Mohd Khairul Azam Bin Abdul Aziz

UTAMAPOLITIKPerjanjian Kontrak terhapus jika mana-mana pihak engkar

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium