KUALA LUMPUR, 12 Ogos (Bernama) — Perkhidmatan tren KTM Komuter untuk laluan Rawang-Seremban yang tergendala sejak petang pulih pada pukul 11.30 malam.
Keretapi Tanah Melayu (KTM) Berhad dalam satu kenyataan berkata gangguan didapati berpunca daripada masalah teknikal yang menyebabkan tren tersebut tidak dapat bergerak.
Menurut kenyataan tersebut, perkhidmatan komuter masih beroperasi seperti biasa tetapi kesemua laluan yang melalui Salak Selatan-Seremban-Rawang mengalami kelewatan melebihi satu jam kerana hanya satu landasan dapat digunakan ekoran insiden tersebut.
Gangguan yang bermula pukul 6.11 petang melibatkan kira-kira 300 penumpang dan mereka telah dipindahkan menggunakan set komuter yang lain.
“kelewatan lebih dari satu jam??” – tolong betulkan fakta tu.. just tell the truth, kelewatan selama 4-5 jam… saya stranded dari pukul 8.15pm sampailah ke tengah malam baru sampai kat stesen kajang.. melepak kat stesen salak selatan sebab kami disuruh keluar dari tren (katanya mengalami masalah gangguan bekalan penghawa dingin..) orang lain dan selamat terawih dan sebagainya.. kami masih tak sampai2 rumah… akhirnya saya sampai kat rumah malam tu.. orang kat Mekah pun dah get ready nak buat terawih… sabar je laaa….
Itu kes sebelun ‘reroute’. Gunakan 1 lorong yang tidak bermasalah electric.