Perkukuh langkah pencegahan dan Akta Hasutan 1948 - pakdin.my

Akta Hasutan 1948

Kerajaan akan mengambil pelbagai langkah pencegahan bagi mematahkan aktiviti keganasan di negara ini antaranya dengan memantapkan aspek perisikan dan pertukaran maklumat dengan negara lain.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak yang mengambil iktibar insiden serangan pejabat akhbar Charlie Hebdo di Paris, Perancis, Rabu lalu berkata, apa yang paling penting ialah membendung aktiviti keganasan lebih cepat sebelum kejadian lebih buruk berlaku.

Dalam pada itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar meminta rakyat Malaysia mengambil pengajaran dari serangan “ala militant” yang berlaku di Paris itu.

“Ambil lah ikhtibar kejadian di Paris. Itu lah sebabnya kita memerlukan Akta Hasutan dan @PDRMsia tidak akan membiarkan penghasut agama…,” katanya menerusi posting di laman sosial Twitter.

November tahun lalu, Perdana Menteri yang juga presiden Umno sewaktu persidangan agung tahunan parti mengumumkan bahawa Akta Hasutan 1948 akan dikekalkan setelah meneliti maklumbalas pelbagai pihak.

Beliau juga memberi jaminan melakukan perubahan terhadap beberapa peruntukan akta itu.

Akta Hasutan 1948 sehingga kini telah dipinda lima kali dengan yang terakhir pada 1975.

UTAMABERITAPerkukuh langkah pencegahan dan Akta Hasutan 1948

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium