26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

Perlekeh BN story-board ‘wajib’ rejim PH

Tindakan Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang mendakwa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah berbelanja dengan boros dan tidak berhemat dilihat sebagai usaha untuk memperlekehkan kerajaan terdahulu setelah diberi mandat oleh rakyat.

Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Dr. Ir Wee Ka Siong berkata, kenyataan yang dibuat oleh Tun Mahathir semasa membentangkan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11) 2016-2020 bukanlah satu perkara baru.

“Mereka telah buat ‘story-board’ yang sama setiap hari, sejak sebelum pilihan raya umum sehingga sekarang. Setelah mendapat mandat, mereka cuba untuk memperlekehkan kerajaan terdahulu.

“Itu perkara biasa dalam politik, saya faham. Kita terima dengan baik keputusan yang dibuat oleh rakyat dan sebagai pembangkang, giliran kita pula perlu profesional tunjukkan apa yang tidak kena.


“Apa yang baik kita sokong, apa yang tidak baik saya akan tegur dan beri pandangan,” katanya ketika ditemui media di Lobi Parlimen pada Khamis.

Sementara itu, Timbalan Presiden MCA itu turut menyifatkan pembentangan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Langkawi itu tidak menunjukkan sesuatu yang khusus dan tidak terperinci mengenai sesuatu perkara yang ingin dicapai.

“Beliau ada menggunakan perkataan mereformasikan tadbir urus dan meningkatkan sistem rangkaian perkhidmatan awam, tetapi itu tidak memberikan apa-apa makna.

“Perlu ada strategi yang khusus, memberi kelainan, tidak seperti yang dilakukan oleh kerajaan terdahulu.


“Saya jangkakan itu, tetapi saya tidak nampak secara spesifik apa yang diperihalkan. Saya boleh katanya ia sebagai retori dan secara permukaan (dasar) sahaja, tidak dibuat secara khusus serta perihal strategi tindakan sepatutnya,” katanya lagi.

Terdahulu, Tun Mahathir ketika sesi pembentangan usul itu menggariskan enam tonggak bagi menyokong pertumbuhan inklusif dan pembangunan yang mampan.

Tonggak pertama bertujuan mereformasi tadbir urus ke arah meningkatkan ketelusan dan kecekapan perkhidmatan awam, diikuti tonggak kedua bagi memperkukuh pembangunan inklusif dan kesejahteraan rakyat.

Tonggak ketiga bertujuan untuk mewujudkan pembangunan wilayah yang seimbang, sementara tonggak keempat adalah untuk memperkasa modal insan.


Tonggak kelima memberi tumpuan untuk meningkatkan kemampanan alam sekitar melalui pertumbuhan hijau dan Tonggak terakhir meletakkan asas untuk memperkukuh pertumbuhan ekonomi meliputi semua sektor ekonomi.

…………………

https://pakdin.my/tag/rmk11

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan