26.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, October 28, 2020

PERMATA: Kerajaan PH dah ludah, jilat balik?

Kerajaan PH akan meneruskan program Pusat Anak Permata Negara (PERMATA) yang giat dijalankan semasa pemerintahan kerajaan terdahulu bagi memberi pendidikan awal kepada kanak-kanak di negara ini.

Perkara tersebut di akui oleh Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching ketika sesi penggulungan Bajet Peringkat Jawatankuasa Kementerian Pendidikan Malaysia di Dewan Rakyat pada Selasa.

Beliau turut tidak menolak cadangan Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim bahawa program ini akan dipertahankan, ditambahbaik dan diperbanyakkan di seluruh negara.


“Jadi adakah YB Menteri setuju bahawa kerajaan PH akan pertahankan PERMATA? Membuat penambahbaikan dan menambah bilangan PERMATA di setiap Parlimen?,” katanya.

Jawab Nie Ching, kerajaan PH tidak pernah menentang PERMATA, cuma membuat bantahan kerana ia diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri dan bukan di bawah KPM.

“Sepanjang masa ini (sejak mula memerintah), kerajaan PH tidak pernah menentang PERMATA. Cuma kami merasakan hasrat ini tidak betul bila ia diletakkan di bawah JPM. Oleh itu, bila kami jadi kerajaan, kami letakkan di bawah KPM. Kami komited untuk memperluaskan PERMATA,” katanya.


Sebelum ini, pembangkang terdahulu (PH) sering mengkritik Penaung PERMATA, Datin Seri Rosmah Mansor dalam usaha mereka untuk menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN).

Mereka seolah-olah “hilang arah” dan matlamat apabila terpaksa mengunakan cara kotor tersebut untuk menjatuhkan kerajaan BN.

Tetapi kini mereka sendiri ingin meneruskan dan komited untuk meluaskan PERMATA di seluruh negara. Dah ludah, jilat balik?


………..

https://pakdin.my/tag/permata/

Berita Berkaitan

Kenyataan media keputusan mesyuarat MKT UMNO

Majlis Kerja Tertinggi UMNO yang bermesyuarat pada hari ini, 26 Oktober 2020 (Isnin) telah...

Ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini

Ahli-ahli parlimen BN bermesyuarat hari ini susulan keputusan Yang di-Pertuan Agong menolak cadangan darurat...

Muhyiddin jumpa presiden parti pro-PN, Zahid tak hadir

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan semua presiden parti yang menyokong Kerajaan Perikatan...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan...

Komen

..

Keputusan MKT UMNO semalam termasuk juga salah satu cadangan saya – Najib

Sebagai salah seorang Ahli Parlimen UMNO, saya bawa tiga cadangan dalam meeting semalam kerana itulah tujuan kami bertemu. Ia adalah untuk berbincang dan menentukan hala...
993PeminatSuka
4,664PengikutMengikut
3,360PengikutMengikut
13,700PelangganLanggan