Permohonan Anwar Gugurkan Muhammad Shafee Ditolak - pakdin.my

shafie-abdullah

Mahkamah Rayuan pada Jumaat menolak permohonan kali kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menggugurkan peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah selaku pendakwa raya dalam rayuan kes liwatnya.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Aziah Ali, membuat keputusan itu atas alasan permohonan berkenaan dibuat berasaskan kepada akuan berkanun (SD) yang bersifat dengar cakap dan penuh keraguan.

“Kami berpendapat afidavit Shafee ada asasnya bahawa kandungan SD adalah sekadar bukti khabar angin dan Mat Zain tidak dipanggil ke mahkamah.

“Kad pengenalan dan alamat di dalam SD dihitamkan. Tidak pasti mengapa Mat Zain enggan mendedahkan maklumat itu jika beliau percaya dengan dakwaan berkenaan. Kami sebulat suara berpendapat SD itu tidak boleh diterima sebagai bukti,” kata Aziah.

Dua lagi anggota panel itu ialah Hakim Datuk Rohana Yusoff dan Hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Sehubungan itu, kes rayuan pendakwaraya terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur melepaskan dan membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, pada 9 Januari 2013 akan diteruskan dengan Shafee mengetuai pasukan pendakwaan.

Kes utama itu akan didengar pada 12 dan 13 Februari tahun depan sebagaimana ditetapkan Hakim Aziah pada Khamis.

Shafee dalam hujahnya kepada mahkamah itu semalam membongkar tembelang penulis SD yang menjadi asas permohonan Anwar kali ini iaitu bekas ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Mat Zain Ibrahim.

Shafee memaklumkan, Mat Zain sebenarnya disenaraikan muflis oleh Jabatan Insolvensi, kerana gagal melunaskan pinjaman peribadi yang diambil daripada seorang ahli perniagaan tidak lama selepas beliau bersara daripada pasukan polis.

Maklumat itu diperolehi setelah Mat Zain didapati menggunakan nombor kad pengenalan yang berbeza dalam dokumen rasmi, termasuk dalam salinan SD yang diserahkan kepada Anwar.

Curiga dengan tindak-tanduk Mat Zain itu, semakan terhadap nombor kad pengenalan sebenar beliau dibuat dan maklumat muflis itu ditemui.

Shafee juga berhujah Mat Zain mempunyai perwatakan “licik” yang kewibawaannya diragui dan dengan itu permohonan kali kedua Anwar untuk mengetepikan beliau perlu ditolak kerana hanya bergantung pada bukti dengar cakap dalam SD Mat Zain, sedangkan kewibawaan Mat Zin sendiri boleh dipertikai.

Mat Zain juga tidak pernah mengemukakan afidavit di mahkamah bagi membolehkan kebenaran tuduhan SD beliau dibuktikan.

Selanjutnya, kewibawaan Mat Zain juga boleh dipertikai kerana dia pernah memfailkan saman fitnah RM30 juta ke atas Anwar tetapi kes berkenaan tidak pernah dibicarakan walaupun mahkamah mengeluarkan tiga surat tunjuk sebab, tambah Shafee.

“Permohonan ini tidak lebih daripada suatu permohonan remeh dan menyusahkan…untuk melambat-lambatkan dan memanjangkan tempoh pendengaran rayuan kes liwat utama kedua,” kata Muhammad Shafee.

Anwar, 66, memfailkan permohonan kali kedua untuk mengetepikan Shafee pada 6 Disember lalu menggunakan maklumat daripada SD Mat Zain sebagai alasan.

Permohonan pertama beliau ditolak Mahkamah Rayuan pada 17 September lalu dan rayuannya di Mahkamah Persekutuan juga gagal.

UTAMABERITAPermohonan Anwar Gugurkan Muhammad Shafee Ditolak

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium