Permohonan baru dan kemaskini BR1M dibuka mulai Sabtu - pakdin.my

br1m-2016

Permohonan baharu bagi Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tahun depan akan dibuka mulai Sabtu  sehingga 31 Disember ini.

Pemohon perlu mengemukakan maklumat peribadi dengan lengkap dan perlu dinyatakan maklumat waris, maklumat akaun bank dan nombor telefon yang boleh dihubungi.

“Penerima sedia ada (2015) juga perlu mengemaskini maklumat terkini untuk memudahkan proses bayaran,” kata kenyataan Menteri Kewangan Kedua, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah, Rabu.

Menurutnya, mereka yang ingin mengemas kini maklumat juga boleh melakukannya pada tarikh tersebut dengan memuat turun borang secara percuma di portal rasmi BR1M Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Malaysia di https//:ebr1m.hasil.gov.my atau www.treasury.gov.my.

Selain itu, mereka juga boleh mendapatkan borang BR1M 2016 di mana-mana cawangan LHDN, pusat khidmat hasil LHDN, dan pusat transformasi bandar LHDN.

Permohonan baharu dan mengemaskini maklumat juga katanya, boleh dilakukan dalam talian.

“Permohonan dalam talian hanya boleh dibuat menggunakan komputer dan salinan permohonan perlu disimpan bagi tujuan rekod. Aplikasi e-BR1M tidak direka bentuk untuk capaian peranti mudah alih.

“Notis dan surat makluman lulus atau gagal akan diposkan kepada pemohon mulai minggu terakhir bulan Januari 2016. Bayaran akan dibuat secara berperingkat mulai 28 Januari 2016,” katanya.

Orang ramai boleh menghubungi talian bebas tol 1800-88-2716 atau e-mel kepada br1m@treasury.gov.my untuk sebarang pertanyaan lanjut.

UTAMAPermohonan baru dan kemaskini BR1M dibuka mulai Sabtu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium