32 C
Kuala Lumpur
Monday, November 30, 2020

Permohonan Inkuiri Awam Pembunuhan Beramai-Ramai Batang Kali

pembunuhan-batang-kali

Mahkamah Rayuan Britain menolak permohonan anggota keluarga bagi inkuiri awam berhubung pembunuhan 24 orang awam yang tidak bersenjata oleh tentera British di Batang Kali, Selangor pada 1948.

Tiga anggota panel hakim yang diketuai Hakim Maurice Kay juga tidak bersetuju dengan peguam yang mewakili kerajaan British bahawa kerajaan Malaysia dan Sultan Selangor bertanggungjawab untuk penugasan tentera di Selangor.

“Kami tidak terpengaruh dengan hujah responden bahawa keputusan untuk mengerahkan tentera di Tanah Melayu dirunding melalui Pesuruhjaya Tinggi.

“Penempatan itu merupakan penghantaran tentera diraja bagi pihak kerajaan United Kingdom dan akibatnya mereka bertanggungjawab atas tindakan tentera,” katanya seperti yang dinyatakan dalam dapatan mahkamah yang diberikan kepada media di sini Khamis.

Quek Ngee Meng, penyelaras Jawatankuasa Bertindak mengutuk pembunuhan beramai-ramai itu memberitahu sidang media berhubung keputusan Mahkamah Rayuan Britain dalam penghakimannya semalam juga menyatakan bahawa mahkamah terikat dengan duluan kes mahkamah sebelum ini yang memaksa mereka untuk menolak permohonan itu.

Bagaimanapun, Ngee berkata para hakim mengukuhkan dapatan fakta oleh mahkamah lebih rendah di mana mereka yang terbunuh adalah orang awam, tidak bersenjata dan tidak membawa sebarang ancaman kepada tentera.

Mereka (panel) juga menyatakan bahawa semua mangsa dibunuh dalam beberapa minit selepas mereka dibebaskan sebelum kampung mereka terbakar, katanya.
Ngee juga menegaskan bahawa panel berkongsi pandangan bahawa siasatan lepas ke atas pembunuhan beramai-ramai “tidak mencukupi”, “berat sebelah” dan “belum selesai”.

Ngee, yang juga seorang peguam berkata keterangan dan pengakuan baharu yang dibuat beberapa tentera British mendedahkan bahawa orang awam bukan merupakan satu ancaman dan ini menimbulkan keraguan sebenar berhubung keterangan rasmi kejadian itu yang menyatakan bahawa mangsa-mangsa terbabit terbunuh semasa cuba melarikan diri.

Pada 1948, Batalion Kedua Scot Guards menembak mati 24 orang awam di sebuah ladang getah di Sungai Rimoh di Batang Kali.

Sementara itu, penasihat undang-undang kepada jawatankuasa bertindak itu, Datuk Ahmad Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin berkata mereka menerima arahan daripada anggota keluarga untuk merayu dengan Mahkamah Agung.

Berita Berkaitan

Cap palsu: Beli tunai kereta, motosikal mewah

Tiga lagi anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam...

Selepas rugi RM9.95 bilion, Umno gesa Putrajaya semak kemampuan syarikat dilantik pulih TH

Umno hari ini menggesa Putrajaya supaya melihat semula kemampuan syarikat ditubuhkan ketika pentadbiran Pakatan...

PETRONAS rugi RM3.4 bilion suku ketiga 2020

Kerana dijarah dan di perah semenjak rejim PH sehingga era Tok Abah Kau, Petronas...

Pendakwah selebriti direman lima hari membantu siasatan kes rogol

Pendakwah selebriti direman lima hari, mulai hari ini, bagi membantu siasatan kes merogol seorang...

Komen

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

00:01:14

[Video] BN dan UMNO akan pantau perlaksanaan skim i-Sinar tidak rumit dan menyusahkan rakyat

Saya perhatikan ada yang bimbang bahawa proses pengeluaran skim i-Sinar KWSP akan tetap rumit.. Seperti yang dimaklum Menteri Kewangan petang tadi dalam Dewan Rakyat, dia...