Permohonan maaf MP DAP isu lagu Negaraku taktik lapuk

TAK-HORMAT-LGU-NEGARAKU-2

Chauvinist cina yang tak tahu menghormati lagu Negaraku ketika dimainkan di pawagam.
Chauvinist cina yang tak tahu menghormati lagu Negaraku ketika dimainkan di pawagam.

Perbuatan Naib Pengerusi DAP Kebangsaan, Chong Chieng Jen mengecam nyanyian lagu Negaraku di dalam pawagam memperlihatkan parti itu tidak mempunyai semangat patriotik.

Malah, tulisan ahli parlimen Kuching itu dilaman facebook peribadinya itu sebagai satu perbuatan biadap dan menghina negara sendiri.

Kenyataan Chong secara jelas memperlihatkan sikap kepimpinan DAP yang tidak mempunyai semangat patriotik dan kesetiaan kepada negara sebagai seorang warganegara Malaysia.

Perbuatan Chong itu satu perbuatan yang amat biadap, yang dilakukan dengan sengaja bertujuan untuk menghina dan memperlekehkan semangat patriotik yang cuba diterapkan oleh kerajaan kepada rakyat di negara ini.

Kali pertama kepimpinan DAP mengeluarkan kenyataan menghina dan biadap terhadap isu-isu yang melibatkan semangat patriotik kepada negara dan lantaran itu, kita boleh saja untuk mempersoalkan dan mempertikaikan kesetiaan mereka terhadap negara ini.

Tambah beliau lagi, biarpun Chong telah memohon maaf dan telah menarik balik kenyataannya itu namun ianya semata-mata satu permohonan maaf yang tidak ikhlas.

Permohonan maaf pemimpin DAP ini tidak ikhlas dan tidak lebih hanyalah sekadar permainan dan taktik lapuk mereka sejak dari dulu lagi. Mereka keluarkan kenyataan yang sensitif, apabila rakyat marah dengan mudah selepas itu mereka memohon maaf

Kenyataan maaf seperti itu hanyalah sekadar untuk meredakan keadaan dan bukanlah benar-benar ikhlas diatas kesedaran dan semangat patriotisme kepada negara. Perkara seperti ini sudah berulang kali berlaku dan bagi saya permohonan maaf dari kepimpinan DAP itu sudah tidak ada nilainya.

Semalam, Chong yang juga merupakan Pengerusi DAP Sarawak menerusi Facebook mempertikaikan nyanyian lagu Negaraku di dalam pawagam sebelum tayangan bermula dan menyifatkan perkara itu sebagai suatu yang sangat memalukan dan mengarut.

Tindakannya itu menyebabkan kemarahan orang ramai dan beliau kemudian membuat permohonan maaf.

“Saya dengan ini menarik balik kenyataan tersebut dan memohon maaf. Saya tidak berniat untuk merendahkan lagu kebangsaan. Sebaliknya, saya bersama keluarga berdiri sewaktu lagu kebangsaan itu dimainkan,” seperti yang tertulis di akaun Facebook miliknya.

Bagaimanapun tindakan meminta maaf ini dilihat tidak sepenuh hati apabila Chong tetap berkeras tidak bersetuju lagu Negaraku dimainkan di pawagam.

…..
Pengerusi DAP Sarawak Persoal Nyanyian Lagu Negaraku Di Pawagam

Kenyataan Facebook Chong Chieng Jen
Kenyataan Facebook Chong Chieng Jen

Tindakan Anggota Parlimen Kuching Chong Chieng Jen dari parti DAP, yang mengecam lagu NegaraKu dimainkan di pawagam semasa sambutan Kemerdekaan dan Hari Malaysia, dalam akaun Facebooknya mengundang reaksi negatif pengguna laman sosial.

Status Chong, antara lain, menyebut “Since when has this playing national anthem in cinema started? Is Malaysia heading towards the communist Mao era where everywhere you go you must shout out loud and show that you are apatriot?”

Status itu dikongsi akaun Facebook Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, yang mendapat ratusan reaksi terkejut serta mengundang kemarahan pengguna laman sosial.

Antaranya, Amirul Azmi Anuar yang menulis “Time pilihan raya terhegeh-hegeh nak jadi ahli parlimen Malaysia. Tapi kenyataan yang dibuat hari ini langsung tidak menunjukkan beliau seorang warganegara Malaysia. Layak dibuang negara sahaja hanya sekadar beban pada Malaysia.”

Andry Augustine pula memberi komen “Are u Malaysian, Sir???? Even foreigner also stand when they listen to our national anthem manakala Syahirah Rosli menyatakan “Sorry, you are disqualified to earn my respect even you’re a politician.”

Rata-Rata pengguna laman sosial mempersoal motif serta tujuan anggota Parlimen itu memuat naik status berkenaan dan meminta Chong dikenakan hukuman setimpal.

Berkaitan