Permohonan Mustafa Ali ditolak – Mahkamah perintah bayar ganti rugi RM100,000 kepada FELDA - pakdin.my

PKR-fitnah-Felda

Mahkamah Persekutuan menolak permohonan Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali dan empat lagi yang memohon kebenaran untuk merayu terhadap perintah membayar ganti rugi RM100,000 kepada FELDA kerana memfitnah agensi itu menerusi dua artikel kononnya menjual minyak sawit mentah ke Israel.

Panel tiga hakim yang diketuai Tan Sri Md Raus Sharif sebulat suara menolak permohonan Mustafa dan empat defendan lain iaitu ketua pengarang Harakah Ahmad Lutfi Othman, editor Taufek Yahya, penulis artikel Mohd Arif Atan dan pencetak Harakah Angkatan Edaran Ent Sdn Bhd.

Mahkamah juga memerintahkan defendan membayar kos sebanyak RM10,000 kepada Felda.

Turut bersidang adalah Hakim Tan Sri Suriyadi Halim Omar dan Tan Sri Abdull Hamid Embong.

FELDA diwakili peguam Wan Azmir Wan Majid manakala Mustafa diwakili peguam Nadzratun Naim.

Pada 30 April 2014 Mahkamah Tinggi memerintahkan lima defendan itu membayar ganti rugi RM100,000 dan kos RM30,000 kepada Felda.

Dalam keputusannya Hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa FELDA berjaya membuktikan bahawa mereka tidak menjual minyak sawit mentah kepada Israel, manakala lima defendan lain gagal mengemukakan bukti pembelaan mereka.

UTAMAPermohonan Mustafa Ali ditolak - Mahkamah perintah bayar ganti rugi RM100,000 kepada...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium