Kerajaan Selangor Gagal Ketepi Saman 711 Pengguna Air Di Negeri Itu - pakdin.my

khalid-gagapSHAH ALAM – Mahkamah Tinggi di sini Isnin menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri itu.

Saman itu adalah berhubung kegagalan Abdul Khalid dan kerajaan Selangor melaksanakan pemberian subsidi air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum lepas.

Hakim Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu selepas mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.

Kelihatan Peguam Plaintif Kamarudin Ahmad (dua kanan) bersama barisan peguam yang lain gembira sebaik keluar dari bilik Mahkamah Tinggi di sini, hari ini. Mahkamah Tinggi menolak dengan kos permohonan kerajaan Selangor dan Menteri Besarnya, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengetepikan saman oleh 711 pengguna air di negeri tersebut. Saman itu adalah berhubung kegagalan Abdul Khalid dan kerajaan Selangor melaksanakan pemberian subsidi air percuma seperti dijanjikan dalam manifesto pakatan pembangkang pada pilihan raya umum (PRU) lepas
Kelihatan Peguam Plaintif Kamarudin Ahmad (dua kanan) bersama barisan peguam yang lain gembira sebaik keluar dari bilik Mahkamah Tinggi

Pada 11 Sept tahun lepas, seramai 711 pengguna air di Selangor yang merupakan kumpulan pertama memfailkan saman menuntut ganti rugi hampir RM500,000 dan mereka menamakan Abdul Khalid, kerajaan Selangor dan Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) sebagai defendan.

Dalam penyata tuntutan, kesemua 711 pengguna air itu antara lain mendakwa semasa kempen pilihan raya pada Mac 2008, rakyat di negeri Selangor dijanjikan mendapat air percuma bagi 20 meter padu pertama setiap bulan kepada pengguna domestik. Bagaimanapun, plaintif mendakwa, mereka tidak menerima subsidi air percuma itu dan mendapati tiada sebarang potongan meter padu pertama ke atas bil air mereka yang dikeluarkan oleh Syabas.

Hakim Datuk Hashim Hamzah memutuskan demikian setelah mendengar hujahan peguam, Admund Bon yang mewakili kerajaan negeri dan Abdul Khalid, manakala Syabas diwakili oleh Mark Law.

Pengguna air pula diwakili oleh peguam, Walter Parrera, T.Gettha dan Azyan Alia Yusof daripada Kamarudin & Partner.

UTAMABERITAKerajaan Selangor Gagal Ketepi Saman 711 Pengguna Air Di Negeri Itu

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium