Permukiman bersejarah UMNO, Pas dua minggu lagi - pakdin.my

Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO dan Jawatankuasa Pusat Pas buat kali pertama dalam sejarah akan mengadakan pemukiman bersama di Janda Baik dua minggu lagi.

Perkara itu dimaklumkan oleh Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa.

Menurut beliau, semua Ahli Parlimen UMNO dan Pas juga akan menyertainya.

“Ini menggambarkan iltizam Muafakat Nasional yang cukup tinggi,” katanya.

Kenyataan itu mengukuhkan kenyataan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Sabah, Datuk Bung Moktar Radin yang memaklumkan mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung selama empat jam semalam hanya membincangkan langkah memperkukuhkan Muafakat Nasional antara Barisan Nasional dan Pas untuk menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU15).

Katanya, mesyuarat itu tidak membincangkan mengenai Pakatan Nasional.

UTAMAPOLITIKPermukiman bersejarah UMNO, Pas dua minggu lagi

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium