23.3 C
Kuala Lumpur
Friday, October 2, 2020

Perniagaan Forex Menerusi Platform Elektronik Haram

Pengerusi Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Prof Emeritus Tan Sri Dr Abdul Shukor Husin pada Khamis menjelaskan fatwa pengharaman pertukaran wang asing (forex) hanya dibuat kepada perdagangan mata wang individu secara lani menerusi platform elektronik.

Katanya, pertimbangan dan keputusan pengharaman tersebut dibuat berdasarkankeraguan-keraguan yang terdapat dalam urusniaga tersebut yang bercanggah denganhukum syarak serta tidak sah dari aspek undang-undang negara.

“Saya mendapati bahawa kenyataan saya telah disalah lapor oleh sebahagian media yang menggambarkan seolah-olah “semua perniagaan pertukaran mata wang asing (forex) adalah haram,” katanya dalam kenyataan di sini.

Menurutnya, keputusan pengharaman forex tersebut tidak terpakai ke atas perkara-perkara seperti urus niaga pertukaran mata wang asing menerusi kaunter di pengurup wang berlesen dan urus niaga pertukaran mata wang asing yang dikendalikan oleh institusi kewangan berlesen.

Jawatankuasa Fatwa Kebangsaan pada Rabu memutuskan umat Islam haram mengamalkan sistem perniagaan pertukaran wang asing menerusi platform elektronik.

Pengharaman tersebut dibuat hasil kajian oleh jawatankuasa itu selepas mendapati perniagaan forex melibatkan spekulasi mata wang adalah bercanggah dengan hukum Islam.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,347PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan