32.4 C
Kuala Lumpur
Thursday, November 26, 2020

Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) Ingin Berperang?

Catholic Diocese of Melaka-Johor

Sebuah kumpulan Kristian yang diberi nama Perpaduan Anak Negeri Sabah (PAN) dikhabarkan mengadakan program ‘Mamangkis’ di Ranau pada hari ini untuk mendesak Perdana Menteri mengeluarkan kenyataan berkenaan kalimah Allah untuk Kristian Bumiputera.

Program ini adalah lanjutan dari kenyataan Pengerusi PAN, Esther Golingi, yang disiarkan di laman Catholic Diocese of Melaka-Johor (http://www.majodi.org/index.php/bishop-paul-tan/cfm/286-mamangkis-laungan-untuk-kebebasan-beragama-oleh-orang-orang-asal-kristian-di-sabah) pada 30 Disember lalu.

Dalam kenyataan tersebut, Esther menuduh kerajaan UMNO sebagai menafikan hak beragama, mengkhianati pribumi Sabah  dan melayan mereka sebagai warga kelas dua, mengamalkan Apartheid serta mengIslamkan mereka secara paksa dan penipuan.

Esther mengakhiri kenyataannya dengan laungan ‘Mamangkis’ seperti berikut:


Hari ini, adakah kita bersedia untuk mamangkis dengan laungan perang? Kalau ya, mari kita asingkan dirinya kepada Tuhan kita, Tuhan yang Kudus. Esok, kita akan membawa mamangkis ke pendalaman (mamangkis masuk kampung ) bermula dengan Ranau.  Orang yang menyiapkan kuda untuk berperang, tetapi Tuhan yang memberikan kemenangan.”

Dari kenyataan Esther, tidak salah jika kita mentafsirkannya sebagai paluan ‘gendang perang’ terhadap kerajaan, kalau pun bukan terhadap Islam.

Kenyataan Esther jelas berbentuk fitnah terhadap kerajaan namun tidak perlulah kita membuang masa berhujah bagi menangkisnya kerana, jika tuduhan tersebut benar, maka PAN tidak mungkin wujud dan Esther juga tidak mungkin dapat mencabar kerajaan sebegitu rupa.

Keberanian Esther menghasut penganut Kristian untuk mencabar Perdana Menteri dan menentang kerajaan serta perlembagaan, membuktikan yang beliau sendiri sedia maklum bahawa kebebasan beragama begitu segar di sini dan tidak kira penganut agama apa jua bebas sebebas-bebasnya untuk bersuara di Malaysia.

Dan nampaknya, kebebasan ini telah disalahgunakan oleh Esther.

Esther secara langsung mengajak penganut Kristian berperang dan tentulah seruan seperti ini mampu membawa kepada keganasan dan pertumpahan darah.  Sikap tidak bertanggungjawab Esther tidak harus dipandang ringan oleh kerajaan.

Sudah sampai masanya kerajaan bertindak tegas dalam mengawal isu kalimah Allah dari terus dipermainkan.  Jelas, isu ini bukanlah satu isu agama, tetapi isu politik semata-mata.


Kedudukan Sabah Sarawak yang menjadi deposit tetap parti Barisan Nasional sentiasa meresahkan pembangkang.  Satu-satunya cara untuk menggugat kedudukan BN di kedua negeri itu ialah dengan memburukkan imej kerajaan sebagai kononnya kejam dan zalim.  Malang bagi pembangkang kerana mereka tidak dapat membuktikan kekejaman mahupun kezaliman BN terhadap rakyat Sabah Sarawak.

Justeru, mereka memilih untuk menghasut melalui isu agama biarpun ia mampu membawa akibat buruk kepada rakyat di sana.

Ini bukan kali pertama pembangkang memperjudikan nasib dan nyawa rakyat.  Peristiwa Lahad Datu adalah bukti kukuh bahawa pembangkang tidak pedulikan rakyat dan sanggup melakukan apa saja untuk berkuasa.  Bukti yang dikumpul oleh kerajaan Fillipina jelas menunjukkan adanya tangan pembangkang dalam tragedi berdarah itu.

Memandangkan Lahad Datu masih tidak mampu menggoyahkan kedudukan BN, maka isu kalimah Allah pula digunakan untuk mencetuskan ketegangan.

Malang sekali apabila ada di kalangan penganut Kristian di Sabah Sarawak yang terpedaya dan termakan hasutan pembangkang.  Amatlah sedih jika mereka ini benar-benar ingin mengajak kerajaan atau umat Islam berperang tanpa memikirkan akibat kepada negeri, negara,  keluarga dan diri sendiri.

Seharusnya mereka kembali berfikir secara rasional dengan melihat kepada fakta kes.  Faktanya, Sabah dan Sarawak langsung tidak terlibat dengan isu kalimah Allah.  Penganut Kristian di sana boleh saja menggunakan kalimah itu atau apa jua nama yang ingin diberikan kepada Tuhan mereka.   Had penggunaan kalimah Allah terhadap bukan Islam hanya merangkumi negeri-negeri di Semenanjung atau lebih tepat, dalam isu ini, di Selangor.


Esther dan penganut Kristian tidak patut berbohong mengenai tiadanya kebebasan beragama sedangkan gereja Kristian boleh didapati di mana-mana di sana, di setiap beberapa kilometer jarak perjalanan.

Justeru, kita ingin bertanya kepada orang-orang Kristian ini, kenapa mereka perlu berbohong kononnya ditindas?  Sedarkah bahawa matlamat pembangkang, terutamanya DAP untuk menakluk kedua-dua negeri itu adalah bermotifkan keuntungan dari segi keluasan tanah dan sumber alamnya?  Apakah rakyat Sabah Sarawak masih belum belajar dari kesilapan bumiputera di Pulau Pinang dan Selangor?

Usahlah diundang bala kepada diri sendiri dengan mengajak kepada peperangan.   Kembalilah kepada ajaran Kristian yang sebenar kerana kita pasti agama Kristian juga mementingkan keamanan.

Di masa yang sama, kita ingin mendesak kerajaan agar mengambil tindakan segera dan tegas terhadap Esther kerana menghasut dan mengajak kepada ‘peperangan’.

Berita Berkaitan

Seorang lagi anggota PGA cedera ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

ALOR SETAR: Seorang lagi anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) cedera selepas terkena tembakan ketika...

Anggota PGA maut ditembak di sempadan Malaysia-Thailand

PADANG BESAR: Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) yang bertugas di pos sempadan Malaysia-Thailand,...

Lelaki maut alat pemadam api meletup depan rumah

SUNGAI PETANI: Lelaki maut selepas pemadam api kereta yang diletakkan di hadapan rumahnya di...

Tiga lagi MPV mewah bernilai RM750,000 disita SPRM

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyita tiga lagi kenderaan mewah milik ejen...

Komen

  1. Bangang tahap Gaban ni Kamaluddin Idrus.. kalau enda faham bahasa2 dalam Gereja.. Jangan Masuk Gereja walaupun wartawan.. suru yang non muslim masuk gereja bila ada acara tertentu di dalam gereja.. Wartawan la yang memecahbelakan keagamaan di dalam negara..

  2. Bangang tahap Gaban ni Kamaluddin Idrus.. kalau enda faham bahasa2 dalam Gereja.. Jangan Masuk Gereja walaupun wartawan.. suru yang non muslim masuk gereja bila ada acara tertentu di dalam gereja.. Wartawan la yang memecahbelakan keagamaan di dalam negara..

  3. Ni lah kumpulan pengecut….kalau betul kami nak perang, itu hak kami lah bangang. Perkataan “Perang” tu sama lah dengan “JIhad” engkorang….cuma kami tak boleh gunakan perkataan tu, nanti orang beragama Islam terpesong…..kelakar Untalah awak ni Kamaluddin…..awak boleh dikenakan Hukuman berdasarkan Akta Hasutan tau……baik awak pi Sembahyang dan beristighfar banyak-banyak….jangan buat dosa kecuali awak tak tahu sembahyanglah…..

  4. Ni lah kumpulan pengecut….kalau betul kami nak perang, itu hak kami lah bangang. Perkataan “Perang” tu sama lah dengan “JIhad” engkorang….cuma kami tak boleh gunakan perkataan tu, nanti orang beragama Islam terpesong…..kelakar Untalah awak ni Kamaluddin…..awak boleh dikenakan Hukuman berdasarkan Akta Hasutan tau……baik awak pi Sembahyang dan beristighfar banyak-banyak….jangan buat dosa kecuali awak tak tahu sembahyanglah…..

  5. ……”Seharusnya mereka kembali berfikir secara rasional dengan melihat kepada fakta kes. Faktanya, Sabah dan Sarawak langsung tidak terlibat dengan isu kalimah Allah. Penganut Kristian di sana boleh saja menggunakan kalimah itu atau apa jua nama yang ingin diberikan kepada Tuhan mereka. Had penggunaan kalimah Allah terhadap bukan Islam hanya merangkumi negeri-negeri di Semenanjung atau lebih tepat, dalam isu ini, di Selangor.”……

    Woi Kamaluddin……awak ni masih duduk bawah tempurung….tu yang awak semua cakap…realitinya…seluruh Malaysia….Bila ada acara Kristian di Kuching tahun Lepas, Barua engkorang menghalang kerana ada penggunaan Kalimah ” Allah”…….Fakta yang awak tulis ni dari lubang taik awak ke?

  6. ……”Seharusnya mereka kembali berfikir secara rasional dengan melihat kepada fakta kes. Faktanya, Sabah dan Sarawak langsung tidak terlibat dengan isu kalimah Allah. Penganut Kristian di sana boleh saja menggunakan kalimah itu atau apa jua nama yang ingin diberikan kepada Tuhan mereka. Had penggunaan kalimah Allah terhadap bukan Islam hanya merangkumi negeri-negeri di Semenanjung atau lebih tepat, dalam isu ini, di Selangor.”……

    Woi Kamaluddin……awak ni masih duduk bawah tempurung….tu yang awak semua cakap…realitinya…seluruh Malaysia….Bila ada acara Kristian di Kuching tahun Lepas, Barua engkorang menghalang kerana ada penggunaan Kalimah ” Allah”…….Fakta yang awak tulis ni dari lubang taik awak ke?

  7. uji dan telitilah segalah sesuatu sblm membuat kenyataan yg anda masih kabur erti sebenar kata2 PAN…kerana kami org Sabah tahu dan mengerti maksud sebenar tujuan ini….sa menghormati pandangan anda ttg keamanan,,tetapi sa tdk setuju dgn cara anda menyimpulkan maksud kata2 PAN…salam damai.

  8. uji dan telitilah segalah sesuatu sblm membuat kenyataan yg anda masih kabur erti sebenar kata2 PAN…kerana kami org Sabah tahu dan mengerti maksud sebenar tujuan ini….sa menghormati pandangan anda ttg keamanan,,tetapi sa tdk setuju dgn cara anda menyimpulkan maksud kata2 PAN…salam damai.

  9. ……”Seharusnya mereka kembali berfikir secara rasional dengan melihat kepada fakta kes. Faktanya, Sabah dan Sarawak langsung tidak terlibat dengan isu kalimah Allah. Penganut Kristian di sana boleh saja menggunakan kalimah itu atau apa jua nama yang ingin diberikan kepada Tuhan mereka. Had penggunaan kalimah Allah terhadap bukan Islam hanya merangkumi negeri-negeri di Semenanjung atau lebih tepat, dalam isu ini, di Selangor.”……

    Woi Kamaluddin……awak ni masih duduk bawah tempurung….tu yang awak semua cakap…realitinya…seluruh Malaysia….Bila ada acara Kristian di Kuching tahun Lepas, Barua engkorang menghalang kerana ada penggunaan Kalimah ” Allah”…….Fakta yang awak tulis ni dari lubang taik awak ke?

  10. ……”Seharusnya mereka kembali berfikir secara rasional dengan melihat kepada fakta kes. Faktanya, Sabah dan Sarawak langsung tidak terlibat dengan isu kalimah Allah. Penganut Kristian di sana boleh saja menggunakan kalimah itu atau apa jua nama yang ingin diberikan kepada Tuhan mereka. Had penggunaan kalimah Allah terhadap bukan Islam hanya merangkumi negeri-negeri di Semenanjung atau lebih tepat, dalam isu ini, di Selangor.”……

    Woi Kamaluddin……awak ni masih duduk bawah tempurung….tu yang awak semua cakap…realitinya…seluruh Malaysia….Bila ada acara Kristian di Kuching tahun Lepas, Barua engkorang menghalang kerana ada penggunaan Kalimah ” Allah”…….Fakta yang awak tulis ni dari lubang taik awak ke?

  11. uji dan telitilah segalah sesuatu sblm membuat kenyataan yg anda masih kabur erti sebenar kata2 PAN…kerana kami org Sabah tahu dan mengerti maksud sebenar tujuan ini….sa menghormati pandangan anda ttg keamanan,,tetapi sa tdk setuju dgn cara anda menyimpulkan maksud kata2 PAN…salam damai.

  12. uji dan telitilah segalah sesuatu sblm membuat kenyataan yg anda masih kabur erti sebenar kata2 PAN…kerana kami org Sabah tahu dan mengerti maksud sebenar tujuan ini….sa menghormati pandangan anda ttg keamanan,,tetapi sa tdk setuju dgn cara anda menyimpulkan maksud kata2 PAN…salam damai.

  13. adoiiii….kebodohan tu jangan di tayang2 bah…..klu kaw x faham apa maksud perkataan “mamangkis’ jgn pandai2 mentafsir….klu ikut penulisan kaw ni bkn esther yg menghasut tpi kaw yg menghasut tuk berperang….kuang3

  14. adoiiii….kebodohan tu jangan di tayang2 bah…..klu kaw x faham apa maksud perkataan “mamangkis’ jgn pandai2 mentafsir….klu ikut penulisan kaw ni bkn esther yg menghasut tpi kaw yg menghasut tuk berperang….kuang3

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Moratorium, fakta mana lagi harus diketengahkan? – Najib Razak

Media melapor keuntungan bank-bank Malaysia bagi suku ketiga 2020 (Julai hingga Sept) dijangka akan naik antara 25% hingga 30% lebih tinggi berbanding suku ke-2...