30.8 C
Kuala Lumpur
Wednesday, September 30, 2020

Perpaduan Kaum Mampu Patahkan Ancaman IS – Tee Yong

rumah terbuka pm najib Razak seri perdana 2016

CHAAH: Orang ramai yang berkunjung ke majlis rumah terbuka Hari Raya di seluruh negara mencerminkan semangat perpaduan kaum sebenar di kalangan rakyat Malaysia, kata Naib Presiden MCA Datuk Chua Tee Yong.

Ahli Parlimen Labis berkata, orang ramai yang membanjiri rumah terbuka Hari Raya di kawasan itu sentiasa mengukuhkan perpaduan dan keharmonian masyarakat setempat yang terdiri daripada pelbagai kaum.

“Kita menyambut semua perayaan termasuk Tahun Baru Cina, Deepavali dan Krismas, dan melihat sokongan yang datang daripada semua lapisan masyarakat, ia benar-benar mencerminkan sikap toleransi dan rasa hormat kita antara satu sama lain.

“Kita perlu terus menyebarkan kasih sayang dan jangan biarkan ancaman IS mematahkan semangat kebersamaan kita,” katanya semasa sambutan rumah terbuka Hari Raya di sini, Sabtu.

Orang ramai membanjiri rumah terbuka Hari Raya ini bersama keluarga dan rakan-rakan mereka di sini, di mana nasi beriani menjadi salah satu makanan yang dihidangkan.

Beliau turut menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada keluarga miskin dan memerlukan.

Berita Berkaitan

Isu peralihan Kerajaan Pusat? Istana Negara akan keluar kenyataan rasmi petang ini

Istana Negara dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi petang ini. Perkara itu dinyatakan dalam kenyataan...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman...

Komen

..

PRN Sabah & Pencapaian Najib – 17 DUN Dilawati, 12 Menang

Datuk Seri Najib Tun Razak berkongsi statistik “kejayaannya” membantu kempen BN dalam Pilihanraya Negeri Sabah yang baru lepas. Daripada...

#PRNSabah: Perjanjian Malaysia MA63 mendapat perhatian penuh Najib Razak

Perjanjian Malaysia MA63 hanya mendapat perhatian penuh kerajaan BN dahulu semasa saya PM. Di zaman sebelum itu, Tun Mahathir akan penjarakan sesiapa yang membangkitkan isu...

Arkib / Carian

993PeminatSuka
4,100PengikutMengikut
3,348PengikutMengikut
11,000PelangganLanggan