Perpaduan PR Selangor: Ronnie Liu Pertikai Naib Presiden PAS - pakdin.my

ronnie-liu-iskandar

Bekas Exco DAP Kerajaan Negeri Selangor, Ronnie Liu Tian Khiew mempertikai kenyataan Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar A Samad berkaitan dengan perpaduan Pakatan Rakyat (PR) di negeri itu.

Ronnie Liu bertanya bolehkan hubungan kerajaan PR Selangor yang dibina di antara PKR, DAP dan PAS diteruskan sedangkan wujud rasa ketidakpuasan hati terhadap Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Bagaimana awak mahu berurusan dengan Ahli Majlis dan Ketua Kampung pro Pakatan di Selangor yang menyuarakan kesedihan dan rasa tidak puas hati dengan Hadi?

“Bolehkah hubungan teruk Pakatan dengan PAS (diteruskan) tetapi masih menyimpan ahli PAS pro Pakatan dalam perkhidmatan kerajaan, ” soalnya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Iskandar yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor yang menegaskan ahli-ahli PAS mesti meneruskan perkhidmatan seperti biasa di negeri itu kerana usul Dewan Ulama yang membatalkan hubungan dengan DAP belum diluluskan parti.

“Saya ingin menegaskan di sini bahawa hubungan PAS dengan rakan-rakan Pakatan Rakyat di Selangor masih berjalan seperti biasa.

“Hubungan tersebut sama ada di dalam atau di luar kerajaan mesti diteruskan seperti biasa. Ahli-ahli PAS di dalam kerajaan mesti terus menjalankan tugas yang diamanahkan kepada mereka.

“Semua Exco, Ahli Dewan Negeri, Ahli Majlis, Ketua Kampung, Nazir Masjid dan Pengerusi Surau dan kakitangan-kakitangan sokongan dari PAS mesti bertugas seperti biasa.

“Saya harap penjelasan ini dapat menjawab beberapa persoalan yang timbul di Selangor sehubungan usul Dewan Ulamak pada Muktamar PAS yang baru lalu.

“Usul untuk memutuskan hubungan dengan DAP itu belum lagi diluluskan,” kenyataan Iskandar dipetik.

Ronnie Liu berkata tanpa PAS pun, DAP dan PKR masih berjaya membentuk kerajaan di Selangor.

“DAP + PKR akan menjadi 28 kerusi. Dicampur lagi dengan dua wira yang diusir oleh PAS (Saari Sungip dan Hasnol Badaruddin), kami akan mempunyai sejumlah 30 ADUN dalam gabungan baru.

“(Sedangkan) PAS mempunyai 13 kerusi dan UMNO mempunyai 12. 1 bebas, khalid Ibrahim.

“Jika PAS menyertai UMNO untuk membentuk kerajaan perpaduan di Selangor mereka tidak akan mempunyai bilangan yang mencukupi (untuk membentuk kerajaan). 13 + 12 + 1 adalah 26 kerusi. Melainkan UMNO membeli lebih dari beberapa ADUN Pakatan,”katanya.

Sebelum itu, Ronnie Liu juga turut mempertikai kenyataan Ahli Pimpinan Tertinggi PKR, Khalid Jaafar yang mempertikaikan kenyataan Penasihat DAP yang berkata PR sudah berkubur.

“Saudara Khalid Jaffar … siapa yang anda wakili ? Adakah anda mewakili PKR? Atau individu tertentu dalam PKR?,” soalnya.

Khalid Jaffar sudah diketahui umum amat rapat dengan Timbalan Presiden PKR, Mohamad Azmin Ali.

Ronnie Liu berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Khalid Jaafar semalam yang berbunyi;

“Di zaman dulu di England bila raja mangkat bentara akan melaungkan “The king is dead,” dan membesarkan akan menjawab “Long Live The King,” maksudnya seorang raja telah mati tetapi institusi kerajaan akan kekal dan raja baru ditabal. Maka apabila Lim Kit Siang berkata “Pakatan is dead,” saya menjawab “Long Live Pakatan,” with or without DAP. Pakatan akan terus hidup dalam imaginasi politik rakyat Malaysia yang mahukan perubahan. Dahulu DAP juga yang keluar dari BA dan kini setelah segala usaha untuk mengeluarkan Pas dari Pakatan gagal, DAP sekali lagi mahu keluar dari pakatan politik alternatif yang dibina dengan begitu sukar. Persoalan akan timbul apakah DAP boleh menjadi a realible political partner?”

Ronnie Liu berkata jika PKR mahu membina kerajaan campuran dengan PAS, tanpa DAP, ia adalah sebuah kerajaan yang lemah.

UTAMAPOLITIKPerpaduan PR Selangor: Ronnie Liu Pertikai Naib Presiden PAS

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium