Perpaduan UMNO-PAS: Husam Jangan Fitnah UMNO Selangor - pakdin.my

husam-hadi-kerajaan-perpaduan

UMNO tidak terlibat dalam sebarang perancangan berhubung penubuhan kerajaan perpaduan bersama PAS.

Menurut Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri Selangor, Datuk Seri Noh Omar, pihaknya tidak mengetahui langsung akan perkara yang didedahkan bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

“Kita tak tahu apa-apa, tanya Husam,” katanya.

Husam sebelum ini mendedahkan bahawa Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang terbabit perancangan membentuk kerajaan perpaduan dengan UMNO.

Dalam cadangan tersebut, Hadi didakwa telah mengajak beberapa ADUN PKR untuk menjayakan perancangan itu sewaktu peralihan kuasa Menteri Besar Selangor daripada Tan Sri Khalid Ibrahim kepada Mohamed Azmin Ali.

“Dia yang dedahkan, kita tak tahu apa-apa, tanya dia,” tegasnya lagi.

Mat Nadzari
Mat Nadzari

Sebelum ini, Naib Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor, Mat Nadzari Ahmad Dahlan berkata, UMNO negeri menyerahkan keputusan kepada parti jika PAS benar-benar ingin bergabung untuk menewaskan kerajaan sedia ada di Selangor.

“Kita tak nampak lagi usaha itu sama ada ia benar-benar ikhlas untuk bergabung demi rakyat atau kenyataan Husam itu hanyalah permainan politik semata-mata.

“Namun jika benar ia berlaku, kita akan menyerahkan keputusan tersebut kepada parti dan kita sebagai ahli akan akur dengan keputusan yang dikeluarkan,” kata Nadzari.

Setakat ini, Presiden PAS sendiri belum membuat sebarang kenyataan rasmi tentang dakwaan itu.

UTAMAPOLITIKPerpaduan UMNO-PAS: Husam Jangan Fitnah UMNO Selangor

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium