Statistik Corona

Malaysia
2,369,613
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
2,240,345
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
101,587
Active
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Malaysia
27,681
Deaths

Indonesia

Indonesia
4,232,099
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
4,069,399
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Indonesia
142,848
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Thailand

Thailand
1,751,704
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
1,625,750
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Thailand
18,029
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am

Global

All countries
240,188,856
Confirmed
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
215,765,598
Recovered
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
All countries
4,893,161
Deaths
Updated on October 15, 2021 02:43 2:43 am
Array

Perpecahan Melayu Dilihat Semakin Parah – Naib Canselor UUM

Pemimpin Melayu perlu bersatu dan jangan terlalu mementingkan agenda politik jika mahu melihat kemerdekaan mereka berkekalan kerana perpecahan boleh menyebabkan mereka hilang kemerdekaan.

Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini ialah perpecahan masyarakat Melayu dilihat semakin parah kerana terlalu mengejar agenda masing-masing.

“Saya melihat sekarang ini dengan penuh kebimbangan perpecahan yang sedang berlaku dalam masyarakat Melayu sangat parah. Mereka bukan sahaja berpecah daripada kelompok parti politik malah dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) juga berpecah dan dalam organisasi pun turut berpecah.

“Tidak sepakat dalam hal-hal yang menyentuh mengenai kepentingan rakyat…agenda perjuangan kita yang sebenar pun kita sudah lupa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Bulan Kemerdekaan di sini hari ini.

Beliau berkata kalau pemimpin dan orang Melayu masih tidak insaf, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka mungkin akan hilang kemerdekaan.

“Merdeka ialah penentuan nasib diri sendiri. Jika kita tidak boleh menentukan nasib diri sendiri dan nasib ditentukan oleh orang lain, apa ertinya kita merdeka. Inilah yang berlaku sekarang.

“Jadi saya harap supaya gologan intelektual Melayu, ahli-ahli politik Melayu dan pemimpin-pemimpin Melayu semua insaf. Kita perlu mula bekerja bersama-sama. Jangan sampai kita telah hilang semuanya baru kita nak berpeluk-peluk dan menangis…itu semua buang masa. Jangan sampai nasi menjadi bubur,” kata Mohamed Mustafa.

Beliau berkata sehingga kini ahli-ahli politik tidak boleh mengambil pendirian bersama dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan agama, bangsa dan negara kerana mereka masing-masing terlalu meterialistik hendak mendapatkan kuasa, ganjaran dan pangkat yang akhirnya mereka lupa apa perjuangan mereka yang sebenar.

“Sesiapa yang memberi pandangan akan terus dikecam sehinggakan jika ada ulama yang menghentam sesuatu perkara akan dikatakan ulama upahan, ulama pengampu…Jangan kita terlalu terdesak sehingga kita sanggup gadai masa depan bangsa dan negara hanya semata-mata untuk kuasa,” katanya.

Beliau berkata sempena sambutan kemerdekaan negara tahun ini, masyarakat perlu mengingat kembali kejayaan mengalahkan British dan Malayan Union disebabkan keutuhan perpaduan kerana pada waktu itu orang Melayu mengetepikan perbezaan, semangat kenegerian, keghairahan dan kelompok demi untuk menentang penjajah.

“Kita nak lihat sempena merdeka ini parti-parti di negara ini boleh bersama-sama mengetepikan perbezaan dan menunjukkan mereka patriotik dan bersatu hati untuk membangunkan agenda agama, bangsa dan negara,” katanya.

Berkaitan