Persatuan Bible Malaysia Akan Guna Pelabuhan Pulau Pinang Membawa Masuk Bible Berbahasa Melayu - pakdin.my

Al Kitab
Al Kitab

Pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM) akan berpindah ke Kuala Lumpur daripada lokasi sedia ada di Damansara Kim di sini, kerana percaya persekitaran di Selangor tidak sesuai untuk menjalankan tugas membekalkan Bible kepada penganut Kristian dan gereja-gereja di Malaysia.

“BSM ingin mengumumkan bahawa kami akan memindahkan ibu pejabat dan beroperasi di luar Selangor ke Kuala Lumpur, di mana perlindungan lebih baik diberikan oleh kerajaan Persekutuan kepada agama minoriti,” menurut BSM dalam satu kenyataan pada Selasa.

“Malangnya, pendirian yang diambil oleh exco kerajaan Selangor untuk membenarkan dan menyokong tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) adalah satu isyarat jelas bahawa jabatan itu akan terus bertindak bebas terhadap persatuan agama bukan Islam di Selangor.

BSM juga berkata, persatuan itu akan menghentikan pengimportan Bible untuk Sabah dan Sarawak melalui Pelabuhan Klang tetapi akan membuat penghantaran secara terus ke Malaysia Timur.

Bible untuk Semenanjung Malaysia akan dihantar melalui Pulau Pinang yang disifatkan BSM sebagai ‘tidak mempunyai undang-undang seperti enakmen Selangor 1988’.

BSM berkata, Bible dalam Bahasa Malaysia akan diedarkan di kedai-kedai mereka di Kuala Lumpur, Pulau Pinang, Kuching, Miri dan Kota Kinabalu tetapi memberi amaran kepada mereka di Selangor bahawa penggunaan dan pengimportan Bible tersebut adalah di atas risiko sendiri.

Sementara itu, di SHAH ALAM, Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, BSM mempunyai hak untuk memindahkan pejabatnya.

“Kerajaan negeri tidak akan mencampuri keputusan mereka untuk berpindah. Walaupun kami mengalu-alukan kehadiran sesiapa saja di negeri ini, terdapat undang-undang dan enakmen negeri perlu dipatuhi,” katanya.

Ketika ditanya sama ada tindakan BSM akan menjejaskan kerajaan Selangor, Khalid berkata beliau tidak bimbang.

Beliau turut berkata, apa jua keputusan untuk meminda enakmen Islam di negeri itu merupakan pertimbangan yang serius dan hanya pemimpin tertinggi negeri tersebut boleh melakukannya.

Pada 2 Januari lalu, Jais menyerbu premis BSM dan merampas kira-kira 321 Bible versi Bahasa Melayu dan Bahasa Iban yang mengandungi kalimah Allah.

UTAMAPOLITIKPersatuan Bible Malaysia Akan Guna Pelabuhan Pulau Pinang Membawa Masuk Bible Berbahasa...

Kongsi Berita

Swipe kiri - kanan untuk berita sebelum & selanjutnya
Implement swipe gesture in Angular application | by Milan Perovic | Medium